Wednesday, November 16, 2011

Sembang Kencang

Lama betul tak buat entri baru dekat blog ni.Itulah bila orang buat blog kau pun sibuk nak buat blog jugak.Tapi sesuai jugak nama blog ni Pabila Nama Menaip dengan sikap malas aku nak menaip ni.Bila rajin adalah entri baru tapi kalau malas tak payah cakaplah.Kadang-kadang nak jenguk blog ni pun malas.Ni dekat 2 bulan tak ada entri baru.Ni pun malas tapi aku akan ringkaskan kejadian-kejadian yang terjadi sepanjang 2 bulan aku tak update blog ni.Blog ni seakan "reminder" bagi aku sebab aku akan nukilankan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup aku.Tapi tak semua la..

BULAN SEPTEMBER !!!

1. 3 September 2011 - Menghadiri resepsi Majlis Perkahwinan Ain dan pasangan,Aznil di Hotel Renaissance.Ain, kawan aku masa sekolah rendah dan sekolah menengah.Majlis tu sangat simple tapi sungguh menyentuh perasaan aku dan hadirin yang hadir.Tahniah Ain dan Aznil.Moga berkekalan sehingga hujung nyawa.Amin


Bergambar kenangan bersama Raja Sehari (Ain dan pasangan) dan ex maherian


2. 18 September 2011 - Secara rasminya status sebagai 'penanam anggur' berjaya ditamatkan (erkkk kenapa macam pelik je ayat aku). Hari pertama melaporkan diri di Busana Warisan Anggun sebagai pembantu jualan. Terima kasih kepada Puan Tik Azlina kerana memberi peluang kepada aku sedangkan masih ramai lagi calon-calon yang layak.Insya Allah saya akan berikan sepenuh komitmen dan tidak sia-siakan amanah yang diberikan. Dan akan cuba memberi yang terbaik dalam meningkatkan prestasi syarikat.Insya Allah.

3. 24 September 2011 -Menghadiri sesi temuduga di SBJ Development untuk jawatan Kerani Akaun. Walau bagaimanapun,keputusan adalah dukacita disebabkan aku tidak mempunyai asas dalam bidang perakaunan.Tidak mengapa mungkin rezeki tidak berpihak kepda aku lagi.Yang penting jangan cepat berputus asa.

OKTOBER

Tidak banyak peristiwa yang menarik yang berlaku.Tapi ada satu peristiwa yang aku tak akan lupakan sepanjang hidup aku.Tarikh 9.10.2011 adalah sangat bermakna bagi aku kerana tarikh itu adalah tarikh majlis konvokesyen aku. Alhamdulillah,aku berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam tempoh 4 tahun walaupun terpaksa berhempas pulas untuk menyiapkan projek tahun akhir.Hampir-hampir hendak berputus asa.Mujurlah ada kawan-kawan pemberi kata semangat untuk aku meneruskan dan menyiapkan projek tersebut.Terima kasih Eim,Nora,Aini,Wani,Kak Noni,Atul dan Diba.Korang banyak bagi semangat dekat aku.


BATCH URP 2007-2011

Ini adalah hari terakhir kami meluangkan masa bersama-sama sebelum masing-masing bawa haluan.Ada yang dah kerja dan ada yang sambung belajar.

Monday, August 15, 2011

Konvo!!!!!!

ALHAMDULILLAH....

Congratulations on your success in completing your studies and the University is pleased to accordingly extend this invitation to you to attend the 27th Convocation Ceremony for the conferment of your degree.

The Convocation Ceremony will be held from 8th October 2011 until 10th October 2011, encompassing five sessions altogether.

(ayat kat atas adalah hasil salin dan tampal dari http://www.iium.edu.my/convo)



Tahniah buat semua batch BURP 2007-2011 yang akan grad bulan 10 nanti.Tarikhnya 9 OKTOBER 2011 (sesi petang).Tak sabar nak jumpa korang semua.

p/s:dah boleh start cari-cari kain sepasang nak dibuat baju kurung untuk konvo nanti..hehehe..eh..eh..buka purse duit ada RM 2 lebih jer..alamak!!!

Salam Ramadhan II

Tajuk entri tak boleh belah.Macam tajuk drama @ dokumentari kat TV jer...hehehe...Alhamdulillah..bulan Ramadhan dah masuk ke separuh pusingan ke 2..cepat betul..memang tak terasa..tinggal beberapa hari lagi nak masuk pusingan 3 a.k.a pusingan akhir bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa.Pusingan akhir ini lah yang dinanti-nantikan, 10 malam ramadhan terakhir di mana umat Islam digalakkan mempertingkatkan amal ibabah mereka (nasihat untuk aku juga). Ini kerana pada 10 malam terakhir ni akan ada satu malam istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar. Jadi, marilah bersama-sama merebut peluang yang datang setahun sekali  ini kerana tahun hadapan belum tentu kita berpeluang bertemu bulan Ramadhan lagi.

p/s:Alhamdulillah...15 Ramadhan 1432 dapat panggilan temuduga.Kena buat yang terbaik!!!!

Wednesday, August 10, 2011

Faizal Hussein

Dah pegang jawatan penganggur terhormat ni banyaklah masa yang aku habiskan depan TV.Banyak jugaklah drama-drama yang aku layan.hahahaha.ishh ishh bulan puasa ni kan lebih elok banyakkan beribadat.Bila banyak layan drama-drama melayu tetiba banyak pulak pelakon-pelakon yang aku minat.Padahal sebelum ni aku tengok diaorang biasa-biasa jer.Sekarang ni aku tengah kemaruk gila minat dekat faizal hussein.erkk betul ke ayat aku nih?Zaman-zaman kecik dulu suka dia berlakon drama yang ada silat-silat.Nampak macho!!!Sekarang drama dia yang aku selalu layan adalah Kembar Kecoh TV9 (jadi ayah), Izinkan Abang Pergi TV2 (hero) dan  Seharum Kenanga TV2(hero jugak).




Salam Ramadhan

Alhamdulillah...dah masuk 10 Ramadhan 1432 Hijrah.Cepat jer masa berlalu dan rasa macam baru semalam menyambut 1 Ramadhan.Masa bergerak begitu pantas sangat. Setakat ni semua okay dan berjalan dengan lancar tapi yang kelakar bila dah masuk petang aku macam dah lembik.Macam gaya budak-budak baru nak belajar puasa.Nak bercakap pun tak larat dan kadang-kadang malas nak berbual dengan famili members.Hmm,tetiba teringat la pulak zaman kanak-kanak bila bulan Ramadhan.

Aku mula belajar puasa masa umur 6 tahun dan masa tu aku tak tinggal pun puasa.Biasalah la budak-budak excited sebab dapat puasa dan baru mengenal erti puasa macam dapat barang baru.Arwah mak aku memang tegas dalam bab-bab macam ni.Jadi aku dilatih dari tadika supaya bila dah masuk sekolah rendah aku tak liat nak puasa.Tapikan..Bila dah masuk sekolah rendah a.k.a darjah 1,bila tiba bulan Ramadhan aku tetap berpuasa tapi ada sesetengah hari tu aku tak larat puasa dan minta izin arwah mak nak buka waktu azan Zohor.Nasib baik arwah mak benarkan sebab aku berterus terang.

Bila dah up ke darjah 3 aku dah mula pandai curi-curi makan dan minum.Erkkk..bila ingat balik rasa macam bodoh jer.Rasa nak lempang diri sendiri.Satu peristiwa ni aku ingat sampai sekarang.Terkantoi sebab curi-curi minum.Al kisahnya, pak cik aku ada beli pasir dan masa tu dia nak buat rumah.Dia mintak la tolong angkut pasir dan aku join sekali walaupun aku perempuan.Dalam rancak membuat kerja memunggah pasir tetiba tekak aku rasa haus ,syaitan mula menghasut aku dan aku tewas dengan godaan syaitan dan mencari jalan nak basahkan tekak aku.Lepas tu aku cakap la nak pergi buang air kecil padahal aku nak ke dapur nak minum air.Aku masuk ke dapur dan mata melilau-lilau takut line tak clear dan bila dah okay aku apalagi minum air sepuas hati la.Malang tidak berbau tetiba,abang aku menyergah,alamak,kantoi!!! dan aku terus lari masuk bilik.Nak keluar bilik pun tak berani takut kena marah dengan abah dan arwah mak.Tapi nasib baik diaorang tak marah mungkin diaorang faham aku ni masih budak :)

P/s: Banyak sebenarnya pengalaman pahit manis menyambut Ramadhan tapi tak larat nak ceritakan semua.

Sunday, August 7, 2011

Cerita Pecut

Sesuai betul nama blog aku,Pabila Tangan Menaip.Yela,bila tangan malas nak menaip tak adalah cerita terbaru.Padahal banyak jer peristiwa2 yang berlaku.Ada jugak niat nak merekodkan dalam blog tapi malas punya pasal terpaksalah aku buat rumusan pendek.Cerita2 ni penting untuk rujukan masa depan :))

1. Aku dah habis belajar..yahooo!!!!
Alhamdulillah, pada 13 Julai 2011 aku secara tidak rasmi telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda.Rasa macam tak percaya bila dah habis belajar dan pelbagai perasaan yang tak dapat digambarkan.Dah lama masa pergi print hardbound macam2 kesilapan yang aku buat.Tapi nasib baik ada kawan2 yang baik hati..Thanks Ann, Aswad,Jijie dan Anip sebab tolong aku susun2 kertas masa print hardbound hari tu.Kalau tak ada korang tak tahu la macam mana...korang ada pun aku masih menggelabah..aku selalu macam tu suka gelabah tak tentu pasal!!!!

2.Bakal bergelar mak cik a.k.a aunty
Insya Allah,jika diizinkan Tuhan kakak aku yang kahwin bulan 2 hari tu bakal menimang cahaya mata.Kandungan tu baru berusia 2 bulan. Kakak aku pun tak kecoh2 lagi..tapi aku bengang cikit sebab dia tak bagitahu aku pun,ni pun aku tahu dari mak aku. Ingat sebelum dia nak balik terengganu dia nak bagitau la,sampai ke sudah dia tak bagitahu pun.grrrr..Geram3x (gaya Upin Ipin)

Tetiba,ehh..asal 2 cerita ni jer yang bermain di fikiran aku?kata banyak cerita...alaaa,biasalah nama lagi blog Pabila Tangan Menaip..hmmm..encik malas dah datang ni..aku sambung lain kali la..bila tu tak tahu la

Sunday, July 10, 2011

Pangkah dan Cantas

Tak mampu jadi sekuat mereka
Tak mampu jadi setabah mereka
Tahniah buat mereka
Disebabkan merekalah
Aku akan ingat peristiwa ini

9 JULAI 2011

Sumber: Facebook (Laporan Terkini BERSIH 2.0)

"Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land"

p/s: Yang pasti aku akan turun sebagai pengundi bila PRU 13 nanti..hoho tak sabar nak mengundi...pangkah dan cantas mana yang patut!!!!!

Friday, July 8, 2011

Tahniah

Tahniah dekat member-member yang:

1-dah hantar project paper
2-dah buat hardbound cover untuk project paper hanya tinggal untuk hantar je
3-yang bakal buat hardbound cover

AKU?

Tak boleh nak buat lagi..sebabnya aku punya project paper dalam proses editing..check English...minggu depan baru dapat..kalau ikut hati tak nak jer aku hantar tapi bila memikirkan arahan supervisor dan second examiner terpaksa la aku buat benda tu...untuk kebaikan aku juga...pikir positif..tapi dalam tu ada jugak perasaan cuak sebab member-member dah ramai yang dah nak hantar..Ya Allah,Engkau permudahkan urusan aku dalam meyelesaikan hal-hal project paper ni...risau yang teramat sangat ni...


Tahniah!!!! juga kepada adik aku,Aqim sebab berjaya melanjutkan pelajaran ke IKBN Bachok dalam pengkhususan Sijil Teknologi Penyeliaan Makanan Dan Minuman...harap kau pandai merebut peluang yang dah ada depan mata...penat tau aku isi borang untuk kau..walaupun online tapi cuak kot takut tersilap ke apa nanti aku pulak dipersalahkan..tapi Alhamdulillah..akhirnya kau dapat...

Monday, July 4, 2011

TIADA TAJUK

Jika sebelum ni masa tidur termimpi-mimpi project paper aku dah siap...tapi di saat ini tika aku sedang menulis aku gembira kerana mimpi itu telah menjadi kenyataan....ya..aku dah siap project paper dan viva pun sudah..sekarang cuma perlu buat pembetulan seperti yang diarahkan oleh second reader..selepas ni aku tak perlu marah-marah dekat diri sendiri sebab selalu je mimpi yang final draft dah hantar dan tunggu masa untuk viva..


TAPI....ada juga tapi aku ni..hahahaha


Lepas ni mesti mimpi dah hantar hardbound,poster dan CD pulak....arghhhh..tension jugak tu...tu la pasai ape hang balik kampung...seminggu pulak tu...sah-sah la tak sentuh langsung project paper untuk buat correction kan..sekarang ni gelabah kemain la sebab tinggal dua minggu lagi due date untuk submission final project paper.aishhhhh.mengeluh panjang aku memikirkan nasib ini..aaaaaaaaaaaaa.tak sabar nak tunggu 15 JULAI 2011...pengakhiran segala pengakhiran setelah 4 tahun bergelar pelajar universiti...tapi..ehhhh...tapi lagi...berapa banyak tapi la aku ni


Lepas ni dah kena berpisah dengan kawan-kawan URP yang sangat cool,sporting,kelakar....dah tak boleh..eh eh bukan tak boleh tapi kira susah la sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri kan...

1- buat kerja studio sama-sama
2-bergosip-yang ni paling aku suka..hahahahaha....
3-dengar member2 buat lawak yang kadang-kadang boleh semput dibuatnya bila gelak tak ingat dunia
4-lepak sama-sama terutama dekat cafe ameenah di mana sesi bergosip dijalankan
5-dengar lagu raya walaupun tak sampai seminggu kite puasa sebab tension buat kerja studio
6-Sob..sob...sob....banyak nak senaraikan tapi hati tengah sebak ni... (T _ T)

p/s: Tidak dapat diteruskan....sebak-sebak

Monday, June 13, 2011

BOLA

Bila kita yang menjadi punca berlakunya suatu kegagalan dalam sesuatu perkara..mungkin kita akan diselubungi perasaan bersalah yang teramat sangat..lebih-lebih jika ia melibatkan ramai pihak..aku juga pernah mengalami perasaan itu..tetapi sebab hal remeh perasaan bersalah itu cepat terhapus dalam diri ini…kegagalan pasukan kelantan atau lebih dikenali sebagai the red warriors memenangi Piala FA menghancurkan harapan peminat-peminat bola sepak terutama penyokong-penyokong  kelantan..aku salah seorang daripadanya…berkenaan dengan bila kita menjadi punca kepada kegagalan..aku rasa daudsu adalah orang yang paling diselubungi perasaan bersalah yang teramat sangat pada malam tersebut selepas tertanduk bola ke gawang gol sendiri...niat dia untuk menghalang bola lawan daripada masuk ke gawang gol tetapi niat murni itu telah membawa padah kepada dirinya dan juga pasukan kelantan di minit-minit akhir sebelum perlawanan tamat..serius aku pun terkejut dengan kejadian tersebut…sedih tak usah nak cakaplah...Yang jadi bersemangat terus lesu bila pasukan terengganu menyamakan kedudukan..kecewa dihati semakin parah bila pasukan lawan menjaringkan gol ke 2..ok,memang dah tak ada harapan walaupun aku dalam hati masih menyimpan harapan dekat team kelantan..mana tahu tiba-tiba keajaiban berlaku..macam berlaku dekat pasukan lawan..tetapi bagi aku pasukan terengganu layak memenagi piala tersebut.aku suka dengan semangat diaorang yang tidak berputus asa selepas ketinggalan 1 gol..mereka sangat bekerja keras dan akhirnya berbaloi selepas dapat menyamakan kedudukan sebelum wisel dibunyikan dan memaksa mereka bermain untuk masa tambahan 30 minit..tahniah kepada pasukan terengganu kerana memenagi Piala FA 2011…tahun depan insya Allah kelantan menang pulak..yeye je aku…hahahaha..

p/s: pemain-pemain terengganu sangat hensem…terutama jersi no 14..siapakah anda?hehehe...

Thursday, June 9, 2011

Selamat Datang

Welcome to the world!!!!
Ariana Rasyidah Binti Mohd Rashidi
5 Jun 2011 bersamaan 
3 Rejab 1432 Hijriah
9:20 pagi


Semoga kamu menjadi anak yang baik..dapat berbakti kepada kedua orang tuamu,bangsamu dan agamamu..
Insya Allah

Cepatlah siap PP...aku nak balik tengok baby ni....


Saturday, June 4, 2011

P.U.I.S.I C.I.N.T.A

Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah DURI jadi MAWAR
Mengubah CUKA menjadi ANGGUR
Mengubah AMARAH menjadi RAMAH
Mnengubah MUSIBAH mejadi MUHIBAH
Itulah CINTA

********************************************

Sekalipun CINTA telah ku huraikan dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika CINTA ku datangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri
Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan
Namun tanpa lidah CINTA ternyata lebih terang
Sementera pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan PERCINTAAN

Itulah CINTA!!!!!


p/s 1: Petikan puisi dari filem Ketika Cinta Bertasbih

p/s 2: Sekian lama aku mencari puisi ni..dah berapa kali tengok filem tu masih tak dapat nak tangkap sesetengah perkataan dalam puisi tersebut...last-last YOUTUBE juga membantu..oh yeahhh.....

Sunday, May 22, 2011

RISAU

20.05.2011    11:42pm

Sebelum masuk maghrib tadi aku sempat berfacebook..hehehe…tabiat yang perlu dihindarkan
Tetiba..tetengok status sepupu aku mengenai abahnya,pak cik hashim
Kesihatan pak cik hashim tak berapa mengizinkan
Dah keluar hospital tetapi tetiba demam pulak
Esok kena bawak pergi hospital pulak
Sebelum ni dah masuk tapi pihak hospital masih belum mengeluarkan sebarang keputusan kesihatan
Kesian pulak tengok sepupu-sepupu aku
Risau mereka akan kesihatan abahnya

Tetiba teringat dekat abah kat kampung
Abah jarang sakit tapi bila sakit memang teruk
Sama macam aku la,anak abah katakan
Aku pernah demam selama 2 minggu..rekod paling lama tu
Abah pernah sakit sampai badan menggigil-gigil
Abah pernah sakit sampai berselimut litup satu badan
Abah pernah sakit dan hanya mampu terlantar atas tilam hanya bangun bila mahu ke tandas dan solat

Dahulu,aku ingat lagi
Abah pernah pengsan gara-gara adik kecilku yang ketika itu berusia 2 tahun (usia sekarang 10 tahun ) batuk dan muntah keluar darah beku..
Ma dan angah kejutkan abah tapi abah tak nak bangun
Ma dan angah dah mula menangis..
Aku jadi bingung dan manik-manik jernih mula keluar dari mataku
Tapi alhamdulillah..selepas nenek datang dan usap-usap kepala abah
Abah bagi respon dan sedar dari pengsan

T ____ T

p/s 1: Moga-moga pak cik hashim cepat sihat dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa..amin..

p/s 2: mood rindu famili dekat kampung

Thursday, May 19, 2011

Yahooo...dah siap

Yes, thesis aku dah siap..tunggu viva jer..
Sabar-sabar sikit je lagi...
Sabarkan separuh dari iman...
Sabar tu kan indah


Cepatlah viva,nak kerja cepat-cepat
Nak tolong famili ni...
Tak sabar nak tunggu bulan 10
Hari konvokesyen UIAM


Cepatlah...cepatlah...cepatlah 
 |
 |

 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
V

Tetiba..bunyi alarm clock..aku bangun sambil mengosok-gosok mata yang masih mengantuk.argghhh.tension bilamana apa yang aku perkatakan di atas itu adalah illusi di dalam mimpi..tetapi realiti,thesis aku masih tak siap lagi..masih tekun membuat analisis..entah apa lah yang aku analisis..sampai la ni tak siap-siap lagi...boleh tak tak nak buat thesis tapi nak grad??boleh!!!!!nak kena sepak?hahahaha....

Monday, May 16, 2011

"KITA" ditakdirkan berpisah

Aku harus menerima hakikat yang mana kita ditakdirkan berpisah
Hampir 4 tahun aku bersama denganmu
Perlahan-lahan aku menelan kepahitan ini
Tetapi boleh dikatakan saban hari dan waktu
Bayanganmu tidak pernah hilang dari pandanganku
Rindu padamu tidak dapat dibendung lagi
Aku hampir-hampir menangis pabila mendapat berita yang kita perlu berpisah
Kesetiaan yang dibina hampir 4 tahun berkecai begitu sahaja
Aku merayu-rayu supaya perpisahan ini tidak terjadi
Namun rayuan ku tidak dilayan oleh insan tersebut
Malah,insan tersebut mahu memisahkan kita supaya engkau jauh dari pandanganku
Alhamdulillah,nasib baik aku bertindak bijak
Walaupun kita terpaksa berpisah
Namun aku masih boleh memerhatikanmu
Walaupun hati ini terseksa dan perit








P/S: Aku merinduimu,BLOK I, Mahallah Asiah,IIUM

Wednesday, April 13, 2011

Mereka,Mereka dan Mereka

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..tapi bila perpisahan berlaku tidak seharusnya perhubungan yang dijalin bertahun-tahun lamanya terputus macam tu jer kan?

Hari ni 13 April 2011 merupakan peperiksaan terakhir aku dan kawan-kawan..rasa macam tak percaya jer...lepas ni macam-macam perkara kena fikir...nak kena cari kerja..eh eh sebelum tu kena siapkan project paper dahulu baru boleh cari kerja...

Rasa sekejap je masa berlalu, dah 4 tahun + 1 tahun dekat matriks bersama dengan mereka..ada yang kenal masa dekat matrik dan ada yang kenal masa masuk main campus...tetiba nak balik ke masa dulu tapi nak yang happy la..yang sedih-sedih tak nak la...teringat lagi masa tahun pertama masuk main campus bermacam dugaan yang aku dan kawan-kawan terima...sampai ada yang nak tukar course..bila ingat balik rasa macam kelakar pulak..tapi semua tu dah jadi kenangan yang terindah buat kami..


Gambar dahulu kala..di ambil ketika First Year Semester 1,muka baik-baik lagi masa ni..al maklum baru masuk U...hehehe..maaf kawan...


Bersama mereka semasa First Year Semester 2...masa ni tak kenal rapat lagi...(2008)

Mereka yang sangat best..sedang membuat persediaan untuk External Portfolio,First Year Semester 2 (2008)

Ni la hasil penat kami...Bentong menjadi Entong...hahaha...korang memang best!(2008)

Gambar ni pulak masa kami Second Year,Semester 1..Portfolio + Jamuan Raya (2008)


Gambar ni diambil masa site visit kami ke Maran.di Jengka 5 kalau tak silap..pak cik mak cik tu kitaorang punye keluarga angkat..aku punya keluarga angkat tak de..diaorang ada kecemasan..sedih sangat masa tu..tak semua ada sebab batch kitaorang ramai dan terpaksa pecah dua..satu group lagi pergi Pangkor...best kot...jeles OK!! (2010)

Gambar ni masa kitaorang 3rd Year Semester 2...masa tu Portfolio Day..semua sangat happy sebab lepas gambar ni diambil kitaorang dah tak payah menempuh alam studio lagi dah..dah tak nak stay up sampai pagi..kena redo report dan bermacam-macam lagi..cuba tengok..memasing senyum je mungkin bangga dengan diri sendiri sebab menjaya menempuh suka duka sebagai budak studio..3 tahun tu..tapi lepas tu memasing rindu zaman studio sebab kebanyakkan masa kami diabiskan kat studio..dan yang terakhir

Tahun terakhir kami di UIA,4th Year Semester 2 (2011)
Kredit to: Kak Nonie

*MIXTURE OF FEELING*

Saturday, April 2, 2011

Sejuk Perut Ibu Mengandung

Pagi tadi aku keluar ke Jalan Tar setelah beberapa lama hasrat untuk ke sana tergendala disebabkan kekangan masa..sibuk menyiapkan assignment yang berlambak,kuiz-kuiz dan persiapan untuk pameran site visit ke Hong Kong,Macau dan Shenzhen..kira aku keluar hari ni nak release tension la..lagipun semalam peperiksaan akhir semester berlangsung..soalan-soalan yang keluar boleh tahan la SUSAH!!disebabkan susah jadi aku gunakan kepakaran aku dalam menggoreng dengan meletakkan segala fakta dan auta..hehehehe...aku rasa banyak AUTA!!!OK...sila jangan pandang belakang..fikirkan untuk subjek yang seterusnya...malas aii nak fikir-fikir benda yang dah lepas..

OK..kembali ke tujuan asal..

Berbekalkan dengan duit PTPTN yang semakin menipis..aku gagahkan diri ini ke Jalan Tar..kalau ke sana memang tak sah kalau tak bawak balik 2,3,4 barang..aku adalah beli barang sikit...sikit jer...tudung 2 helai,brooch,alat tulis dan sejadah...sejadah tu kakak aku kirim untuk hantaran pihak lelaki...kakak aku bakal berkahwin hujung bulan ini..jalan-jalan+sembahyang zohor+jalan-jalan lagi...lame2 rasa dah penat jalan jadi aku decide nak balik jer..masa tu dalam 2.30 petang..dalam perjalanan nak ke bus stop berdekatan dengan Sogo..satu drama telah berlaku...ok..not drama la..situasi yang boleh dijadikan iktibar..APAKAH????

JENG 

JENG 

JENG


Aku ternampak seorang kanak-kanak yang berumur lingkungan 5 hingga 7 tahun macam tu menghulurkan sedekah kepada seorang pak cik buta...adik tu bersama abangnya...aku sangat tersentuh melihat budi pekerti adik tu...dia ambil tangan pak cik tu dan bagi duit tu(tak tahu nak explain macam mana)...owhh....kalau la adik tu anak aku memang aku terharu + bangga mempunyai anak yang baik macam tu...apa orang kate "sejuk perut ibu mengandung"...sampai sekarang aku terbayang-bayang lagi peristiwa tu...aku pun tak mampu buat macam tu...kalau bagi just letak dalam bekas yang diaorang sediakan...


Semangat Sedekah sejak Dini
Sedekah itu pelindung dan akan terus bertumbuh(Ihsan Encik Google)


P/s: Cara senang nak bagi sedekah..hanya sedikit modal yang diperlukan iaitu SENYUM!!!owhh..tetibe teringat lagu Senyum (Malique ft Najwa) dengan dialog budak perempuan dalam videoklip Selamat Tinggal (Dina ft Zizan Raja Lawak)..."Ready..Ok senyum!" klik..bunyi kamera..hehehe

smile1-main_Full
Cenyum!!! (Ihsan Encik Google)

Friday, March 25, 2011

MINTA MAAF

Hujung-hujung semester ni banyak perkara yang perlu diselesaikan
Lecturer pulak banyak dah masuk gear
Memberi assignment dan adakan test
Lepas tu mula la diri ini gelabah ayam
Nak kena setelkan assignment yang perlu dihantar pada hari yang sama

Masa test pulak memang tak sah tak bawak notes
Tak dapat jawapan refer kat notes
Senangkan? (-_-)'...buruk perangai..sila jangan ikut...

Awal-awal sem dulu tersangat la rileks
Masa terluang pun begitu banyak sekali
Tapi sekarang aku menjadi seorang yang sibuk(ke buat-buat sibuk?)
Menjejaskan masa bersama-sama insan tersayang :(

Saya sibuk tapi saya nak mintak maaf kat insan-insan yang saya sayang:

ABAH-minta maaf sebab lama tak call..hari tu terlaksana jugak nak call abah..rasa bersalah sangat-sangat bila abah kata "sepatutnya abah yang tanya kabar awak,abah faham awak kan belajar"...owhhh..rasa bersalah sangat-sangat..tapi tak tahu la kalau abah aku cakap macam tu sebab nak memerli aku..maklumlah dah lama tak call die...lagi satu aku dah inform abah yang aku kene extend my thesis until semester 3...lagi kata-kata abah yang membuatkan aku rasa bersalah "kenapa pulak?hmmm..tu la banyak tidur tu"..owhh..aku sentap kejap..tapi aku tahu abah kecewa...sebab masa aku bagitau tu die senyap kejap...mintak maaf abah :'(

ADIK dan KAKAK-sori hari tu terkasar bahasa masa terima your call...masa tu tengah stress buat keje...tak bermaksud pun nak tinggikan suara masa tu..i'm really sorry ok...to my kakak(the only one) tinggal sebulan lebih jer lagi kamu akan bergelar seorang isteri...sedihnya...sape nak masakkan sayur goreng lepas ni...kamu kan pakar...and to my adik...hope impian kamu nak masuk ke U tercapai...kalau tak de rezeki jangan putus asa mungkin ada perkara yang lebih baik yang Allah aturkan kepadamu..Insya Allah

Ya Allah,aku mohon keampunan kepadamu...ketika lalai dalam menunaikan suruhanMu..moga kesibukan dunia ini tidak melalaikan aku dalam mejalani ibadahMu..kuatkan hatiku Ya Allah

Tuesday, March 15, 2011

K.A.P.A.L T.E.R.B.A.N.G



Aku suka sangat tengok kapal terbang
Lebih-lebih lagi pada waktu malam
Dulu-dulu selalu dongak ke langit dan bila nampak cahaya dari kapal terbang
Aku jadi gembira sambil hati berkata "Bila la dapat merasa naik kapal terbang..hmmmm"

Sekarang ni tabiat tu masih ada
Walaupun dah merasai pengalaman naik kapal terbang
Tapi tak tahu kenapa aku masih setia dengan tabiat tu
Kadang-kadang terfikir aku dibuatnya

Selepas sesi fikir-fikir 2 kemungkinan kenapa aku suka tengok kapal terbang:

1.Kemungkinan akan melancong @ berjalan-jalan ke negara orang lagi....suka-suka-suka (gaya Upin Ipin)
2.Kemungkinan jodoh aku dengan PILOT....suka sangat-sangat!!!!!hahahaha...tak leh belah betul aku punya kemungkinan..gatai....



Drama TV bersiri dari Hong Kong "Triumph In The Skies" la yang menyebabkan aku suka tengok kapal terbang.Cerita ni ditayangkan sekitar tahun 2003 di TV3 pukul 6.00 petang...selalu tertunggu-tunggu drama ni....kalau melepas memang frust...

p/s: Tak sabar nak kerja nak kumpul duit banyak-banyak then pergi melancong..hooray...tapi projek tahun akhir tak siap lagi..macam mana ni :(

Tuesday, March 8, 2011

Jangka Hayat

Fakta menarik yang aku dapat setelah mengikuti satu talk yang bertajuk A Muslim Leader: Rasulullah SAW semalam:

Mengikut kajian saintifik manusia, purata jangka hayat seorang manusia adalah 60 tahun

TETAPI

Di mata Allah SWT, tempoh hidup seorang manusia hanyalah 1 jam 26 minit...Subhanallah...

Jika kita tahu tempoh hidup kita adalah sependek itu mungkin kita tidak melakukan perkara-perkara yang melekakan sebaliknya bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Oleh itu, sama-sama la kita mempertingkatkan amal ibadah kita seperti yang di perintahkan oleh Allah SWT. Yang paling penting, jadikan segala amalan dalam hidup kita seharian sebagai ibadah. 

Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model dalam kita menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.



Ertinya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab:21)

p/s:Nasihat untuk diri sendiri sebab terkadang aku sendiri lalai dan leka dalam menjalankan suruhan Allah SWT. 

Tuesday, March 1, 2011

Sikap Prihatin


Ihsan: Google.com

Hujan turun dengan lebatnya....eh eh aku bukan nak cerita pasal hujan lebat
Tapi aku nak bercerita pasal sikap prihatin masyarakat kita..
Masyarakat kita kan terkenal dengan sikap keprihatinan
Kalau ada bencana yang berlaku..
Sepantas kilat mereka hulurkan bantuan
Baguskan rakyat Malaysia...
Saya bangga jadi anak Malaysia :))
Tapi kadang-kadang tak semua yang kita impikan indah-indah belaka
Bukan nak mengata tapi inilah hakikat yang perlu diterima..
Tak semua dari mereka bersikap prihatin

Kejadian ni berlaku depan mata aku sendiri
Hari tu sebenarnya aku ada kelas tapi aku baru dapat tahu kelas tu cancel...
Jam sudah menunjukkan pukul 4:30 petang
Di luar sana hujan turun dengan lebat
Tapi aku keputusan untuk tidak stay di fakulti 
Dengan harapan masa perjalanan pulang hujan akan berhenti

Tapi sangkaan aku meleset..hujan turun makin mengganas (hiperbola..kih3)
Tapi nasib baik laluan penjalan kaki ade pelindung
Lepas itu aku berhenti sekejap tunggu hujan reda lagi
Baju memang basah lencun la 
Sambil-sambil tu aku perhati ada jer yang redah hujan sambil berpayung

Nak jadikan cerita 
beberapa buah kereta sedang melintasi seorang pelajar yang meredah hujan sambil berpayung
Kalau hujan dah lebat,tak ada makna dah berpayung macam tak berpayung dah gayanya
Tapi satu pun tak berhenti...kalau kereta tu penuh dengan orang tak apalah
Tapi kalau dalam kereta itu cuma ada pemandu apa cerita
Takkan takut kusyen kereta basah kot..
Aku bukan nak mengata tapi itulah sesetengah sikap orang kita
Tak rugi sebenarnya berbuat baik dengan orang..
Firman Allah ada menyebut dalam surah Ali 'Imran ayat 148

"Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang membuat kebaikan"

*Walau sekecil mana pun pertolongan kita kepada orang lain,Allah itu Maha Adil dalam membalas kebaikan yang telah kita lakukan





Thursday, February 24, 2011

Jika aku mampu !

Semalam masa dalam kelas sembang-sembang dengan lecturer mengenai sistem pengangkutan awam
Dia bagi contoh negara Jepun
Lepas tu boleh dia tanya "Awak pernah pergi Jepun?"
Aku jawab "Tak"...sambil tersengih-sengih
Dalam hati..... (-_-)' ....
"Kalau mampu dah lama saya pergi sir"

Nak pergi trip ke Shenzhen-Hong Kong - Macau pun semput nak kumpul duit
Inikan pula nak pergi ke negara matahari terbit tu..
Tapi memang angan-angan nak pergi kat sana..
Lebih-lebih lagi masa musim bunga..

Masa aku di tahun kedua ada seorang lecturer tu tanya aku
"Negara mana yang awak nak pergi sangat?"..lebih kurang macam tu la ayat dia
Tanpa fikir panjang "Jepun".....kemain lebar lagi senyuman aku
"Kenapa awak nak pergi sana?"
"Sebab bunga sakura" :))


Ihsan:Encik google.com

Insya Allah...kalau ada rezeki nak jejakkan kaki kali kedua dan seterusnya ke negara orang..
Pergi Mekah memang seharusnya :))

Terlebih

Satu fakta yang menarik aku dapat hari ini semasa berlangsungnya kelas aku pagi tadi

Kenapa negara Bangladesh mengalami situasi "overpopulated"?

Menurut fakta daripada lecturer aku
Kehidupan di Bangladesh (sesetengah kawasan) ibarat kais pagi makan,kais petang makan petang
Jadinya,jika mereka tidak bekerja
Masa untuk bersama keluarga adalah banyak
Si suami dan si isteri...ehem ehem ehem (faham-faham sendiri) -aku dan kawan-kawan gelak tapi lecturer aku "serius ini betul!"
Oleh sebab itulah, Bangladesh mengalami situasi "overpopulated" 

CINTA

Alhamdulillah..pada 17 Februari lepas diberi kesempatan masa dan diizinkan kesihatan yang baik  oleh Allah SWT untuk mengikuti satu forum yang bertajuk “Antara Dua Cinta”. Forum yang diadakan bersempena Zikratul Maut Week yang berlangsung di universiti aku dari 15 Februari sehingga 20 Febuari 2011. Forum ini dipengerusikan oleh Ustaz Shaari (tak tahu eja macam mana) dan diserikan dengan dua panelis yang hebat. Panelis pertama adalah Ustaz Akhil Hayy seorang penceramah bebas.Dewan tempat berlangsungnya forum penuh dan mungkin kehadiran ustaz Akhil Hayy menjadi salah satu faktor mendorong para hadirin datang ke forum tersebut(maaf jika anggapan aku silap). Panelis kedua adalah Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, seorang penulis novel (Tautan Hati,Pemilik Cintaku-yang aku tahu) dan bekas graduan dari universiti aku dalam jurusan Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan dan pengkhususan dalam bidang Fiqh & Psikologi.

Sungguh terkesan dihati dengan tutur bicara tuan moderator dan para panelis.Mengangkat 2 cinta teragung iaitu cinta kepada Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Subhanallah….walau sebesar mana ujian  yang diberi oleh Allah SWT tak bermakna Dia tidak menyayangi kita.Ujian yang ditimpa ke atas kita mungkin mengubah kita menjadi lebih positif :)) 

     


Ihsan: google.com

Friday, February 18, 2011

S.E.N.S.I.T.I.F

Waaaaa...tak sukelah ada sifat macam ni...tapi aku harus ingat ini salah satu sifat yang Allah kurniakan kat aku...ada kebaikan dan ada jugak keburukannya....

Baiknya sifat sensitif ni kite akan alert dengan keadaan sekeliling....harap aku betul...bila bersifat sensitif dengan keadaan yang berlaku di sekeliling aku dapat buat apa yang sepatutnya...sebagai contoh la.....jika aku nampak member aku tengah moody atau masam mencuka...langkah terbaik adalah mendiamkan diri...so disitu akan nampak aku sensitif dengan air muka seseorang....jika aku tegur jugak maybe aku jugak yang makan hati..yela kalau orang moody kite tegur die akan jawab soalan kite acuh tak acuh tak pun senyum dengan tidak ikhlas..walaupun die tak de niat pun nak buat macam tu kat kite....alih-alih nanti kite pulak yang moody...

Sifat sensitif ni aku tak suka bila aku kena tegur or baca something yang boleh gores hati aku.....lagi satu aku tak boleh dengar orang marah dengan suara yang kuat dan lantang..confirm 100% air mataku meleleh...tak suka sangat-sangat....my big brother pun dah faham dengan kelemahan aku ni....dia tak berani nak marah-marah aku sebab dia tahu aku ni tak boleh dimarahi....dulu aku curi-curi masuk bilik dia masa dia pergi solat jumaat nak explore handphone dia..biasa nampak benda baru mestilah ada keinginan nak tahu kan...balik dari solat jumaat dia masuk bilik masa tu aku dah berdebar dah...then dia keluar dan marah-marah kat kitaorang adik beradik dan tanya sapa yang main handphone dia..dia perasan ada orang main handphone dia sebab aku tak locked keypad..dah aku tak tahu nak locked macam mana aku tinggal jer sebab aku ingat dia akan automatik locked keypad handphone tu..tapi aku punyerlah berani terus mengaku....dia marah macam-macam tu...yela dia tahu kalau aku marah aku lebih-lebih confirm 100% la aku menangis...silap-silap dia yang kena marah balik dekat abah..hehehehe.....

Friday, February 11, 2011

Selamat

Alhamdulillah..aku selamat menghadiri 3 majlis yang aku excited nak menghadirkan diri.....bermula dengan majlis reunion masa sekolah rendah...pagi2 dah bangun awal sebab nak prepare makanan..aku bahagian sediakan bihun goreng dan of course la bukan aku yang goreng bihun tu...hehehe....bahagian sediakan barang2 nak goreng bihun menjadi tugas aku dan si tukang masak of course la my mum...sedap my mum masak...kadang2 my mum ambil tempahan masak..kalau ada program dekat masjid rumah aku..orang masjid mintak tolong mak aku masakkan....kadang2 ada jugak tempahan untuk majlis perkahwinan..kadang2 terpikir bila dah grad nanti nak bukak business catering..agak2 boleh tak aku jadi usahawanita???hmmmmm....siap plan itu ini dah...if aku bukak business ni aku just nak family members je involve...dan siap dh plan tugas for every family members....ngok ngek betul la..ni gara2 cadangan sepupu aku la...but i think her idea is very good...


Berbalik kepada cerita asal....bihun goreng yang mak aku masak bukan sebarangan bihun goreng tau...bihun singapore tuh...import from Singapore mali!!!!hehehe.....aku pun tak tahu kenape orang panggil bihun singapore@bihun putih(panggilan manja)...ahh..tak kisah la name ape yang penting sodappppp....syok mak aku goreng pukul 10 lebih baru siap goreng bihun tu....aku dah cuak sebab majlis start pukul 10 pagi...aku bergegas capai handphone coz terralit menyaksikan aksi mak aku menggoreng bihun...hahaha..macam orang yang tak pernah tengok orang menggoreng bihun jer aku ni....tapi sekali bila aku call member aku dia cakap tak de orang lagi...hah!!biar betul...betul2 janji melayu termasuk aku la..hehehe....lepas dah siap semua terus bergegas ke tempat majlis...





Bihun Singapore.Amik kat http://www.myresipi.com




Tiba2 malas pulak nak menulis....apa yang dapat aku simpulkan....sangat seronok dapat berjumpa dengan kawan2 lama even daripada kelas lain tapi kami sangat rapat seakan-akan telah lama kenal..walaupun masa sekolah dulu tak pernah bertegur sapa..hehehehe..alhamdulillah..facebook walaupun orang cakap banyak keburukan tapi dalam buruk2 facebook ia dapat merapatkan kembali silaturrahim aku dan kawan2 masa sekolah rendah dulu…hampir 10 tahun kami tak jumpa tapi walaupun ada beberapa muka yang aku jumpa masa raya puasa dulu..tapi memang jaranglah dapat jumpa diaorang..maklumlah aku belajar dekat uia yang mana cutinya tidak selaras dengan u lain..bila balik bercuti aku lebih banyak lepak dekat rumah..nak keluar tak tahu nak ajak siapa…tapi dalam kegembiraan ada jugak rasa terkilan kerana tak dapat stay lama kat sekolah tempat reunion berlangsung sebab majlis kedua pulak berlaku sebelah petang…cikgu2 yang sempat jumpa cikgu yusop(buat reunion ni semata-mata untuk dia sebab dia sanggup turun dari perak nak jumpa kitaorang plus dia ada program lain jugak sebenarnya)…terharunya!!!!!cikgu saufi,cikgu amir,cikgu bad,cikgu habsah….paling terkilan tak dapat jumpa cikgu norizan dan cikgu narimas tapi cikgu narimas tak dapat datang sebab dia ada hal di johor bharu…


Tapi paling kelakar masa sembang dengan cikgu saufi...dialognya berbunyi begini(cehh...gaya macam nak jawab kuiz sambil tangan bersedia nak menekan buzzer)


Aku:Cikgu..kenal saya lagi tak??
Cikgu Saufi:........(berfikir)tak ingat dah siapa tapi awak yang jaga gol kan...





Gawang gol bola baling


Hahahaha....terbahak2 aku dengan member2 aku gelak...nama aku tak ingat tapi ingat posisi aku masa main bola baling....last2 dia ingat nama aku sekali dengan nama ayah..amik kau!!Cikgu Saufi ni cikgu sukan...sangat2 take care about us yang participate in sport..sampai pernah satu masa aku dengan dia tak bertegur sapa sebab dia marah aku tak ambil bahagian dalam sukan olahraga...konon2 nak concentrate kt trial upsr la...masa ambik result upsr baru kitaorang OK sebab dia yang bagitau result aku....


*Walau sudah lama kenangan itu berlalu..semua itu masih tersemat kukuh dalam membran sel otak aku...

Wednesday, January 19, 2011

Februari

Tak sabar nak menunggu bulan februari....

Sekadar gambar hiasan

Insya Allah, 3 februari 2011 akan berlangsung majlis pertunangan satu-satunya kakak aku dengan jejaka pilihan hatinya...jejaka bertuah tu berasal dari terengganu...ganu mari!!!!hehehe...tunang satu-satunye abang aku pun asal dari terengganu....ganu jugak!!

Aku tumpang gembira dengan berita...masa kakak aku bagitau aku nak tunang..aku bersyukur sangat..yela..umur die dah 25 tahun..dah patut kawen pun..hahahaha....kalu cam tu nanti aku umur 25 pun dah patut kawen r...xnakkkk!!!!!!

Rasa berbangga sebab certain things kakak aku mintak aku punyer pendapat....bab baju tunang dan hantaran masa majlis nanti....owhhh...terharunye....walaupun aku tak tahu sangat tapi aku buat2 tahu....

Kepada my beloved sister selamat melangsungkan pertunangan....macam gaye aku tak balik jer masa die tunang....mak aku dah pesan jangan tunang lame2...tempoh bertunang la banyak cabarannye....aku tahu sebab tengok dengan mata kepala sendiri....

"SELAMAT BERTUNANG"



Sekadar gambar hiasan

Pada hari yang sama pertunangan kakak aku....aku jugak akan join majlis reunion bersama-sama cikgu2 dan kawan2 sekolah rendah...rindu sangat2 kat dieorang...lama betul tak jupe dieorang....bernasib baik majlis ini diadakan pada waktu pagi dan majlis pertunangan kakak aku pulak pada sebelah petang....bernasib baik jugak lokasi reunion akan berlangsung di sekolah aku jer...so,dekat la ngan rumah aku..kira2 1km...jadi tak jad masalah la nak rushing balik tuk majlis kakak aku pulak....

Kalau tak dapat pergi majlis ni mau aku meraung...yela...dah lame tak jupe dieorang...even,masa raya puasa lepas dah ade jupe beberapa dieorang...tapi kali ni dgr kate rmai yg akan join....teruja sangat2 nak jupa dieorang....
'
HAI,KAWAN2 LAME KITE TAK JUPE KAN?"



Sekadar gambar hiasan

4 februari pulak kawan aku kat sekolah menengah bakal melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihan hati...if aku tak silap la...mesti jejaka pilihan kan...shah alam mari tu!!!

Masa sekolah dulu tak rapat sangat dengan die....friendster la yang merapatkan kami...sekarang dah jarang bukak fs....sekarang muka buku a.k.a facebook plak....hope dapat pergi majlis die..sebelum ni dah ade member sekolah men yang kawen tapi tak dapat pergi...terkilan sangat2....

"SELAMAT MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN"



Gambar hiasan

Motip tunjuk gambar bunga?motip die sebab bunga tu warna putih...ni ade kaitan ngan warna tema untuk pre graduation dinner for my batch...bile yea dinner tu??hmmm..lupa plak...maklum la tak suke sangat ngan tema tak amik berat sangat...owhhh..baru ingat..19 februari 2011...kat putrajaya...

tak de mood plak nak cakap2 pasal dinner ni...so...SEKIAN

p/s:survey dress warne putih....mahal kot!!!!


Sunday, January 9, 2011

Cabaran dan Tanggungjawab

Semester ni sangat mencabar bagi aku..yelah dah final year dan final semester pulak tu.....semester ni betul-betul mencabar ketahanan fizikal dan mental aku...lagi satu SABAR!!kalau tak ada sifat yang terpuji nan satu dalam diri aku ni memang aku dah cakap lantak pi la!!!Apa yang mencabarnye????

1.Masuk-masuk semester baru dah ade masalah dengan study plan....kalau ikutkan memang name aku naik dalam graduating list tapi ade 2 subjek lagi yang aku setel....aku pun pelik..mungkin rezeki aku..sebab 2 subjek yang aku tak setel lagi tu sebenarnya subjek yang pernah aku failed!!!hahahaha.....2 la tak belajar and revision leklok kang dah kena repeat paper...tapi kan

2. Alhamdulillah...berkat kesabaran aku ulang alih dari kolej asrama  ke fakulti aku yang amek masa 15 minit akhirnya berbaloi...2 subjek yang aku failed tu aku dpt register this sem....1 subjek 1 sebenarnye tak offer this sem tapi aku appli IS or independent study....last week baru dapat answer from my fakulti...and last week jugak start belajar subjek tu..dah la aku sesorang...menghadap lecturer tu...class tu more to discussion...first2 cuak gak r...tapi lame2 dah ok...1 subjek lagi memang offer this sem tapi tak ada register sebab clash...mintak tolong aku punyer HOD akhirnye dapat register..thank you sir...

3.Terpaksa buat keputusan dengan menukar tajuk project paper setelah memikirkan masak-masak...nak buat terpakse setelah menimbang baik buruk keputusan tersebut..kalau ikutkan memang sayang sebab previous punyer tajuk aku dah stat since last semester lagi...dengannye menjadi pengunjung setia library sem lepas...godek2 internet cari info..last2 terpakse decide tukar tajuk..ini bermakne aku perlu mula dari bawah...cume sikit bernasib baik aku punyer previous ngn sekarang punyer tajuk dalam skop yang same...tak lari orang kate...cume aspek yang nak dikaji tu jer berubah...so...kena sangat2 WORK HARD!!!!aku nak grad this sem,tak kire!!!

4.Sem ni betui2 kena work hard..nak naikkan pointer yang jatuh menjunam semester lepas...result sem lepas adalah sejarah yang paling teruk dapat result yang sangat menduka citakan since aku bergelar pelajar U...WORK HARD,WORD HARD DAN WORK HARDDDDD....pesanan my favourite lecturer...die sangat baik walaupun sangat skema tapi nasihatnya memang power!!!!aku hampir nak mengalirkan airmata depan dia nasib baik aku leh control...kalau tak malu aku nak mengadap die lepas tu...

So,aku harap sangat aku dapat buat yang terbaik untuk sem ni...walau besar mane dugaan atau masalah yang menimpa aku tahu ALLAH selalu ada disisi kita...dia la yang paling layak menjadi pendengar setia setiap masalah kita selan dari famili dn member2...yang paling penting kita usaha,buat kerja dengan ikhlas,istiqamah dan pohon DIA makbulkan setiap doa kita...Insya Allah...


Siapa yang bersungguh- sungguh pasti akan berhasil! 


Saturday, January 1, 2011

Cuti cuti @ Shenzhen-Hong Kong-Macau Part 3(Akhir)

Tak nak cakap banyak..jom layan-layan gambar kat bawah!!!

Visit Hong Kong Planning & Infrastructure Exhibition Gallery



Khusyuknye member2 aku duk dgr brief dr wkil galeri (t'msuk my lecturer ngn tourist guide,Gary..die ni replace uncle chris ms kiteorang nk g macau smpai la kiteorang nk balik malaysia sbb uncle ade mslh kesihatan)

Wakil galeri sedang memberi penerangan tp aku duk sibuk amik gmbar die..

 Hong Kong view in 3D model

Group Photo-memang jadi acara wajib kalau g mane2 meeting or visit


Next visit was to Hong Kong Authority Exhibition Centre


Wakil dr Hong Kong Authority Exhibition Centre sedang menerangkan sesuatu kpd kami...

3D model....salah satu projek perumahan kt HK 

Kreatif kan....biasa kalau pusat pameran kite kne dongak atas tapi kt sini kite kne tgok bawah....

Muka2 happy selepas meeting...happy sebab ni last meeting kami dan esoknye kami spent fullday kt Disneyland!!!horaaay

1

2

3

Tadaaaaaaaaaaa

Hong Kong Disneyland...here we come!!!!!!!

Main entrance to Hong Kong Disneyland

Our tourist guide,Mr Gary sedang menerangkan perkara2 penting sebelum kami masuk ke dalam....uishhh..berkerut muke mbr2 aku...tgh fokus tu!hahaha

Yeah....dah masuk...sebelum masuk 2 kite kne melalui proses spot check..makanan tidak dibenarkan sama sekali..hanya sebotol air sahaja yang dibenarkan...

Cawan pusing....1st game yang aku main...sebabnye tak ramai yg beratur..masuk dalam Disneyland ni kena ada satu sifat dan sifat 2 paling penting iaitu SABAR!!!kalau tak sabar awal2 lagi korang dah keluar dari tmpat ni..

Ni pun aku main...rasa kembali ke zaman kanak2....tapi aiman tak kisah yang penting aku happy :)))))

Pemandangan sekitar 

Donald Duck menari masa Street Show...show ni ada setiap hari...at 3 pm...


Anak gajah....

Sleeping Beauty Castle..ntah betul ke tak ni...

Lebih kurang 8.30 pm bergegas ke meeting point selepas fireworks show...sangat2 enjoy masa kat Disneyland ni..tak abis tawaf lagi...kalau ada rezeki nak g lagi...nak shopping puas2,nak enjoy puas2..biar puas hati!!!!


Sebagai penutup kepada cerita cuti2 ni..jom layan pemandangan malam HK yang aku amik masa kat peak tower..


p/s:Thanks to all my coursemate yang join this study trip...pengalaman bersama kalian takkan aku lupakan...dan trip ni aku takkan lupa sampai bila2 sebabnye this is my first time naik flight and went to abroad..and..Million thanks to my Abah for supporting me..