Friday, February 11, 2011

Selamat

Alhamdulillah..aku selamat menghadiri 3 majlis yang aku excited nak menghadirkan diri.....bermula dengan majlis reunion masa sekolah rendah...pagi2 dah bangun awal sebab nak prepare makanan..aku bahagian sediakan bihun goreng dan of course la bukan aku yang goreng bihun tu...hehehe....bahagian sediakan barang2 nak goreng bihun menjadi tugas aku dan si tukang masak of course la my mum...sedap my mum masak...kadang2 my mum ambil tempahan masak..kalau ada program dekat masjid rumah aku..orang masjid mintak tolong mak aku masakkan....kadang2 ada jugak tempahan untuk majlis perkahwinan..kadang2 terpikir bila dah grad nanti nak bukak business catering..agak2 boleh tak aku jadi usahawanita???hmmmmm....siap plan itu ini dah...if aku bukak business ni aku just nak family members je involve...dan siap dh plan tugas for every family members....ngok ngek betul la..ni gara2 cadangan sepupu aku la...but i think her idea is very good...


Berbalik kepada cerita asal....bihun goreng yang mak aku masak bukan sebarangan bihun goreng tau...bihun singapore tuh...import from Singapore mali!!!!hehehe.....aku pun tak tahu kenape orang panggil bihun singapore@bihun putih(panggilan manja)...ahh..tak kisah la name ape yang penting sodappppp....syok mak aku goreng pukul 10 lebih baru siap goreng bihun tu....aku dah cuak sebab majlis start pukul 10 pagi...aku bergegas capai handphone coz terralit menyaksikan aksi mak aku menggoreng bihun...hahaha..macam orang yang tak pernah tengok orang menggoreng bihun jer aku ni....tapi sekali bila aku call member aku dia cakap tak de orang lagi...hah!!biar betul...betul2 janji melayu termasuk aku la..hehehe....lepas dah siap semua terus bergegas ke tempat majlis...





Bihun Singapore.Amik kat http://www.myresipi.com




Tiba2 malas pulak nak menulis....apa yang dapat aku simpulkan....sangat seronok dapat berjumpa dengan kawan2 lama even daripada kelas lain tapi kami sangat rapat seakan-akan telah lama kenal..walaupun masa sekolah dulu tak pernah bertegur sapa..hehehehe..alhamdulillah..facebook walaupun orang cakap banyak keburukan tapi dalam buruk2 facebook ia dapat merapatkan kembali silaturrahim aku dan kawan2 masa sekolah rendah dulu…hampir 10 tahun kami tak jumpa tapi walaupun ada beberapa muka yang aku jumpa masa raya puasa dulu..tapi memang jaranglah dapat jumpa diaorang..maklumlah aku belajar dekat uia yang mana cutinya tidak selaras dengan u lain..bila balik bercuti aku lebih banyak lepak dekat rumah..nak keluar tak tahu nak ajak siapa…tapi dalam kegembiraan ada jugak rasa terkilan kerana tak dapat stay lama kat sekolah tempat reunion berlangsung sebab majlis kedua pulak berlaku sebelah petang…cikgu2 yang sempat jumpa cikgu yusop(buat reunion ni semata-mata untuk dia sebab dia sanggup turun dari perak nak jumpa kitaorang plus dia ada program lain jugak sebenarnya)…terharunya!!!!!cikgu saufi,cikgu amir,cikgu bad,cikgu habsah….paling terkilan tak dapat jumpa cikgu norizan dan cikgu narimas tapi cikgu narimas tak dapat datang sebab dia ada hal di johor bharu…


Tapi paling kelakar masa sembang dengan cikgu saufi...dialognya berbunyi begini(cehh...gaya macam nak jawab kuiz sambil tangan bersedia nak menekan buzzer)


Aku:Cikgu..kenal saya lagi tak??
Cikgu Saufi:........(berfikir)tak ingat dah siapa tapi awak yang jaga gol kan...





Gawang gol bola baling


Hahahaha....terbahak2 aku dengan member2 aku gelak...nama aku tak ingat tapi ingat posisi aku masa main bola baling....last2 dia ingat nama aku sekali dengan nama ayah..amik kau!!Cikgu Saufi ni cikgu sukan...sangat2 take care about us yang participate in sport..sampai pernah satu masa aku dengan dia tak bertegur sapa sebab dia marah aku tak ambil bahagian dalam sukan olahraga...konon2 nak concentrate kt trial upsr la...masa ambik result upsr baru kitaorang OK sebab dia yang bagitau result aku....


*Walau sudah lama kenangan itu berlalu..semua itu masih tersemat kukuh dalam membran sel otak aku...

No comments:

Post a Comment