Friday, March 25, 2011

MINTA MAAF

Hujung-hujung semester ni banyak perkara yang perlu diselesaikan
Lecturer pulak banyak dah masuk gear
Memberi assignment dan adakan test
Lepas tu mula la diri ini gelabah ayam
Nak kena setelkan assignment yang perlu dihantar pada hari yang sama

Masa test pulak memang tak sah tak bawak notes
Tak dapat jawapan refer kat notes
Senangkan? (-_-)'...buruk perangai..sila jangan ikut...

Awal-awal sem dulu tersangat la rileks
Masa terluang pun begitu banyak sekali
Tapi sekarang aku menjadi seorang yang sibuk(ke buat-buat sibuk?)
Menjejaskan masa bersama-sama insan tersayang :(

Saya sibuk tapi saya nak mintak maaf kat insan-insan yang saya sayang:

ABAH-minta maaf sebab lama tak call..hari tu terlaksana jugak nak call abah..rasa bersalah sangat-sangat bila abah kata "sepatutnya abah yang tanya kabar awak,abah faham awak kan belajar"...owhhh..rasa bersalah sangat-sangat..tapi tak tahu la kalau abah aku cakap macam tu sebab nak memerli aku..maklumlah dah lama tak call die...lagi satu aku dah inform abah yang aku kene extend my thesis until semester 3...lagi kata-kata abah yang membuatkan aku rasa bersalah "kenapa pulak?hmmm..tu la banyak tidur tu"..owhh..aku sentap kejap..tapi aku tahu abah kecewa...sebab masa aku bagitau tu die senyap kejap...mintak maaf abah :'(

ADIK dan KAKAK-sori hari tu terkasar bahasa masa terima your call...masa tu tengah stress buat keje...tak bermaksud pun nak tinggikan suara masa tu..i'm really sorry ok...to my kakak(the only one) tinggal sebulan lebih jer lagi kamu akan bergelar seorang isteri...sedihnya...sape nak masakkan sayur goreng lepas ni...kamu kan pakar...and to my adik...hope impian kamu nak masuk ke U tercapai...kalau tak de rezeki jangan putus asa mungkin ada perkara yang lebih baik yang Allah aturkan kepadamu..Insya Allah

Ya Allah,aku mohon keampunan kepadamu...ketika lalai dalam menunaikan suruhanMu..moga kesibukan dunia ini tidak melalaikan aku dalam mejalani ibadahMu..kuatkan hatiku Ya Allah

Tuesday, March 15, 2011

K.A.P.A.L T.E.R.B.A.N.G



Aku suka sangat tengok kapal terbang
Lebih-lebih lagi pada waktu malam
Dulu-dulu selalu dongak ke langit dan bila nampak cahaya dari kapal terbang
Aku jadi gembira sambil hati berkata "Bila la dapat merasa naik kapal terbang..hmmmm"

Sekarang ni tabiat tu masih ada
Walaupun dah merasai pengalaman naik kapal terbang
Tapi tak tahu kenapa aku masih setia dengan tabiat tu
Kadang-kadang terfikir aku dibuatnya

Selepas sesi fikir-fikir 2 kemungkinan kenapa aku suka tengok kapal terbang:

1.Kemungkinan akan melancong @ berjalan-jalan ke negara orang lagi....suka-suka-suka (gaya Upin Ipin)
2.Kemungkinan jodoh aku dengan PILOT....suka sangat-sangat!!!!!hahahaha...tak leh belah betul aku punya kemungkinan..gatai....



Drama TV bersiri dari Hong Kong "Triumph In The Skies" la yang menyebabkan aku suka tengok kapal terbang.Cerita ni ditayangkan sekitar tahun 2003 di TV3 pukul 6.00 petang...selalu tertunggu-tunggu drama ni....kalau melepas memang frust...

p/s: Tak sabar nak kerja nak kumpul duit banyak-banyak then pergi melancong..hooray...tapi projek tahun akhir tak siap lagi..macam mana ni :(

Tuesday, March 8, 2011

Jangka Hayat

Fakta menarik yang aku dapat setelah mengikuti satu talk yang bertajuk A Muslim Leader: Rasulullah SAW semalam:

Mengikut kajian saintifik manusia, purata jangka hayat seorang manusia adalah 60 tahun

TETAPI

Di mata Allah SWT, tempoh hidup seorang manusia hanyalah 1 jam 26 minit...Subhanallah...

Jika kita tahu tempoh hidup kita adalah sependek itu mungkin kita tidak melakukan perkara-perkara yang melekakan sebaliknya bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Oleh itu, sama-sama la kita mempertingkatkan amal ibadah kita seperti yang di perintahkan oleh Allah SWT. Yang paling penting, jadikan segala amalan dalam hidup kita seharian sebagai ibadah. 

Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model dalam kita menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.



Ertinya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab:21)

p/s:Nasihat untuk diri sendiri sebab terkadang aku sendiri lalai dan leka dalam menjalankan suruhan Allah SWT. 

Tuesday, March 1, 2011

Sikap Prihatin


Ihsan: Google.com

Hujan turun dengan lebatnya....eh eh aku bukan nak cerita pasal hujan lebat
Tapi aku nak bercerita pasal sikap prihatin masyarakat kita..
Masyarakat kita kan terkenal dengan sikap keprihatinan
Kalau ada bencana yang berlaku..
Sepantas kilat mereka hulurkan bantuan
Baguskan rakyat Malaysia...
Saya bangga jadi anak Malaysia :))
Tapi kadang-kadang tak semua yang kita impikan indah-indah belaka
Bukan nak mengata tapi inilah hakikat yang perlu diterima..
Tak semua dari mereka bersikap prihatin

Kejadian ni berlaku depan mata aku sendiri
Hari tu sebenarnya aku ada kelas tapi aku baru dapat tahu kelas tu cancel...
Jam sudah menunjukkan pukul 4:30 petang
Di luar sana hujan turun dengan lebat
Tapi aku keputusan untuk tidak stay di fakulti 
Dengan harapan masa perjalanan pulang hujan akan berhenti

Tapi sangkaan aku meleset..hujan turun makin mengganas (hiperbola..kih3)
Tapi nasib baik laluan penjalan kaki ade pelindung
Lepas itu aku berhenti sekejap tunggu hujan reda lagi
Baju memang basah lencun la 
Sambil-sambil tu aku perhati ada jer yang redah hujan sambil berpayung

Nak jadikan cerita 
beberapa buah kereta sedang melintasi seorang pelajar yang meredah hujan sambil berpayung
Kalau hujan dah lebat,tak ada makna dah berpayung macam tak berpayung dah gayanya
Tapi satu pun tak berhenti...kalau kereta tu penuh dengan orang tak apalah
Tapi kalau dalam kereta itu cuma ada pemandu apa cerita
Takkan takut kusyen kereta basah kot..
Aku bukan nak mengata tapi itulah sesetengah sikap orang kita
Tak rugi sebenarnya berbuat baik dengan orang..
Firman Allah ada menyebut dalam surah Ali 'Imran ayat 148

"Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang membuat kebaikan"

*Walau sekecil mana pun pertolongan kita kepada orang lain,Allah itu Maha Adil dalam membalas kebaikan yang telah kita lakukan