Saturday, August 24, 2013

Zaman Asasi

Khamis lepas berSMS dengan Im..masa tu dia bagitau yang kawan sebilik masa kitaorang dekat matrik dah selamat dapat title "Dr" dari UIA Kuantan. Rasa bangga masa tu, macam aku ni mak tirah pulak (eiii..serius over). Tumpang bangga dengan pencapaian kawan :).

2,3 hari ni selalu duk teringat kenangan masa dekat matrik. Sebab selalu duk teringat la maka terkeluar la idea nak menulis dekat blog untuk tatapan dikemudian hari. Beruntung sangat sebab masa dekat matrik dapat roomate yang sangat baik dan awesome. Tak oleh bayang kalau dapat roomate yang entah apa-apa, mesti tragis punya dan menjadi cerita "Awan Yang Terpilu-Ning Baizura" (Ok..ni dah nak start melalut la ni). Dah la pertama kali berjauhan dengan famili dalam masa yang lama.

Masa dekat Matrik Uia,PJ dulu aku stay dekat Mahallah Khadijah. Serius masa dapat kunci bilik tu aku tertanya-tanya apalah maksud Mahallah ni.aku tak tahu UIA banyak guna term Bahasa Arab masa tu.siap salah baca pulak tu..serius bila kenang balik rasa bodohnya..M.A.H.A.L.L.A.H pun tak reti nak baca macam mane (ketuk kepala sendiri). Berbalik kepada cerita Mahallah Khadijah (panggil KC jer lepas tu short form dari Khadijah College), dekat KC tu aku ditempatkan di tingkat 9..naik tangga weh..serius rasa nak pengsan masa tu..abah aku maintain jer..hehehe..masa masuk bilik tu dah ada 2 orang roomate masa tu, Tirah dengan Ecah. Masa tu Tirah dengan Ecah budak engineering. Lepas tu Tirah tukar course Farmasi..lepas tu tukar pulak ambil medic sampai la dia abis study dekat UIA Kuantan dan dapat title "Dr". Lepas aku sampai sekejap sampai pula Im..aku dengan Im budak AED (senibina). Selepas tu, bermula kehidupan kami sebagai penghuni KC 928 Wing B. Pelbagai suka duka yang kami tempuhi bersama sepanjang bergelar penghuni bilik tu.

*Cerita mak cik jual karipap dan orang sebelah...ni cerita seram dan yang paling ingat sekali
*Kacau budak lelaki UKC sebab diaorang suka memekak malam-malam
*Buat gotong-royong dalam bilik..lepas tu bising sebab masa mengemas banyak jumpa rambut..siap boleh cam rambut siapa-siapa.hahaha

Hmmm..banyak lagi memori tapi tetiba dah malas nak menaip.Ok.Bye!!!