Sunday, May 22, 2011

RISAU

20.05.2011    11:42pm

Sebelum masuk maghrib tadi aku sempat berfacebook..hehehe…tabiat yang perlu dihindarkan
Tetiba..tetengok status sepupu aku mengenai abahnya,pak cik hashim
Kesihatan pak cik hashim tak berapa mengizinkan
Dah keluar hospital tetapi tetiba demam pulak
Esok kena bawak pergi hospital pulak
Sebelum ni dah masuk tapi pihak hospital masih belum mengeluarkan sebarang keputusan kesihatan
Kesian pulak tengok sepupu-sepupu aku
Risau mereka akan kesihatan abahnya

Tetiba teringat dekat abah kat kampung
Abah jarang sakit tapi bila sakit memang teruk
Sama macam aku la,anak abah katakan
Aku pernah demam selama 2 minggu..rekod paling lama tu
Abah pernah sakit sampai badan menggigil-gigil
Abah pernah sakit sampai berselimut litup satu badan
Abah pernah sakit dan hanya mampu terlantar atas tilam hanya bangun bila mahu ke tandas dan solat

Dahulu,aku ingat lagi
Abah pernah pengsan gara-gara adik kecilku yang ketika itu berusia 2 tahun (usia sekarang 10 tahun ) batuk dan muntah keluar darah beku..
Ma dan angah kejutkan abah tapi abah tak nak bangun
Ma dan angah dah mula menangis..
Aku jadi bingung dan manik-manik jernih mula keluar dari mataku
Tapi alhamdulillah..selepas nenek datang dan usap-usap kepala abah
Abah bagi respon dan sedar dari pengsan

T ____ T

p/s 1: Moga-moga pak cik hashim cepat sihat dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa..amin..

p/s 2: mood rindu famili dekat kampung

No comments:

Post a Comment