Sunday, August 7, 2011

Cerita Pecut

Sesuai betul nama blog aku,Pabila Tangan Menaip.Yela,bila tangan malas nak menaip tak adalah cerita terbaru.Padahal banyak jer peristiwa2 yang berlaku.Ada jugak niat nak merekodkan dalam blog tapi malas punya pasal terpaksalah aku buat rumusan pendek.Cerita2 ni penting untuk rujukan masa depan :))

1. Aku dah habis belajar..yahooo!!!!
Alhamdulillah, pada 13 Julai 2011 aku secara tidak rasmi telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda.Rasa macam tak percaya bila dah habis belajar dan pelbagai perasaan yang tak dapat digambarkan.Dah lama masa pergi print hardbound macam2 kesilapan yang aku buat.Tapi nasib baik ada kawan2 yang baik hati..Thanks Ann, Aswad,Jijie dan Anip sebab tolong aku susun2 kertas masa print hardbound hari tu.Kalau tak ada korang tak tahu la macam mana...korang ada pun aku masih menggelabah..aku selalu macam tu suka gelabah tak tentu pasal!!!!

2.Bakal bergelar mak cik a.k.a aunty
Insya Allah,jika diizinkan Tuhan kakak aku yang kahwin bulan 2 hari tu bakal menimang cahaya mata.Kandungan tu baru berusia 2 bulan. Kakak aku pun tak kecoh2 lagi..tapi aku bengang cikit sebab dia tak bagitahu aku pun,ni pun aku tahu dari mak aku. Ingat sebelum dia nak balik terengganu dia nak bagitau la,sampai ke sudah dia tak bagitahu pun.grrrr..Geram3x (gaya Upin Ipin)

Tetiba,ehh..asal 2 cerita ni jer yang bermain di fikiran aku?kata banyak cerita...alaaa,biasalah nama lagi blog Pabila Tangan Menaip..hmmm..encik malas dah datang ni..aku sambung lain kali la..bila tu tak tahu la

No comments:

Post a Comment