Thursday, February 24, 2011

CINTA

Alhamdulillah..pada 17 Februari lepas diberi kesempatan masa dan diizinkan kesihatan yang baik  oleh Allah SWT untuk mengikuti satu forum yang bertajuk “Antara Dua Cinta”. Forum yang diadakan bersempena Zikratul Maut Week yang berlangsung di universiti aku dari 15 Februari sehingga 20 Febuari 2011. Forum ini dipengerusikan oleh Ustaz Shaari (tak tahu eja macam mana) dan diserikan dengan dua panelis yang hebat. Panelis pertama adalah Ustaz Akhil Hayy seorang penceramah bebas.Dewan tempat berlangsungnya forum penuh dan mungkin kehadiran ustaz Akhil Hayy menjadi salah satu faktor mendorong para hadirin datang ke forum tersebut(maaf jika anggapan aku silap). Panelis kedua adalah Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, seorang penulis novel (Tautan Hati,Pemilik Cintaku-yang aku tahu) dan bekas graduan dari universiti aku dalam jurusan Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan dan pengkhususan dalam bidang Fiqh & Psikologi.

Sungguh terkesan dihati dengan tutur bicara tuan moderator dan para panelis.Mengangkat 2 cinta teragung iaitu cinta kepada Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Subhanallah….walau sebesar mana ujian  yang diberi oleh Allah SWT tak bermakna Dia tidak menyayangi kita.Ujian yang ditimpa ke atas kita mungkin mengubah kita menjadi lebih positif :)) 

     


Ihsan: google.com

No comments:

Post a Comment