Sebenarnya dah lama aku nak
update blog ni, siap sign in apa dah tapi bila mula menulis beberapa patah
perkataan tetiba otak ni malas nak berfikir apa ayat aku perlu tulis selepas
itu. Padahal banyak benda yang aku nak tulis tapi itulah bila otak tidak mahu
berfungsi sepenuhnya maka terbantutlah hasrat murni ini ingin mengupdate blog .
Hari ini rasa nak menulis pasal
kehidupan masa belajar daripada zaman tadika sampailah zaman universiti. Idea
nak menulis ni datang masa menonton drama Pondok Pak Ya dekat Youtube dengan
menggunakan wifi pejabat. Masa tengok drama tu, rasa rindu dekat zaman belajar
tu datang dengan meluap-luap ke dalam diri ini.Mungkin disebabkan zaman bekerja
tidak seindah zaman belajar sebab banyak benda yang aku kena fikir. Zaman
belajar hanya kena fikir kena siapkan kerja sekolah,assignments,kuiz,bila PTPTN
nak masuk,ehhh..dan sebagainya yang difikirkan sesuai masa zaman belajar. Eh,
dah panjang sangat aku melalut ni. Oklah bebalik kepada topik asal,aku mulakan
cerita aku zaman belajar aku dengan zaman tadika dan berakhir dengan zaman
universiti.
1. TADIKA
Aku bertadika dengan Tadika Abim. Tadika tu dekat je
dengan rumah aku. Kalau makanan masa rehat tak menarik aku curi-curi balik
rumah dan pernah terkantoi dengan Guru Besar. Siap kena warning dengan Guru
Besar jangan buat macam tu lagi kalau apa-apa jadi dia yang susah. Sampai
sekarang Guru Besar tu jadi Guru Besar dekat tadika tu.Cikgu-cikgu lain pun dah
ramai yang keluar termasuk Guru Kelas aku. Guru Kelas aku dulu pun saudara
aku,sepupu abah. Dulu zaman aku harga yuran dalam lingkungan RM25 – RM30 /
sebulan tapi sekarang dengar-dengar dalam RM80/sebulan. Orang-orang kampung aku
pun dah tak ramai hantar anak-anak diaorang dekat situ sebab ada tadika yang
tawarkan yuran yang lebih murah cuma jauh sikitlah dari rumah. Pencapaian
paling best masa tadika dapat anugerah Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun masa
majlis Qiraati.
2. SEKOLAH RENDAH
Lokasi sekolah lebih kurang 1 kilometer daripada
rumah.Masa darjah 1 sampailah darjah 4 aku pergi sekolah dengan pak cik aku
sebab anak dia ada sebaya dengan aku dan sekelas dengan aku.Tambahan pula, aku
kecik lagi masa tu jadi abah dengan arwah mak tak harap sangatlah. Bila masuk
darjah 5 aku ke sekolah jalan kaki je. Adik-adik aku sampai sekarang kalau ke
sekolah berhantar.Hukaloh!!!
Aku ingat lagi masa darjah 1, masa perhimpunan sekolah
pengawas a.k.a pengerusi majlis perhimpunan tetiba sebut nama aku.Aku gelabah
la kenapa pengawas tu panggil nama aku takkan sebab aku duk sembang dengan kawan
kena panggil depan perhimpunan. Lepas tu pengawas yang jaga kelas aku pun duk
sibuk-sibuk tanya siapa Zaleha,aku angkat tangan dan suruh aku pergi ambil
hadiah.Rupa-rupanya dapat hadiah sempena hari lahir aku yang kebetulan jatuh
pada hari Ahad. Jadi sesiapa yang hari lahirnya jatuh pada hari Ahad, maka
dapat la hadiah daripada pihak sekolah sempena hari lahir.
Dekat sekolah dulu aku aktif dengan kegiatan
ko-kurikulum seperti bola jaring, bola baling dan bola tampar (kenapa aku rasa
macam ayat nak buat karangan?). Best sangat bila ingat masa training dengan
kawan-kawan. Pencapaian paling bermakna masa sekolah rendah aku dapat keputusan
cemerlang masa UPSR tapi yang sedih aku tak dapat kongsi kegembiraan ni dengan
arwah mak yang meninggal masa aku darjah 4. Arwah mak lah yang paling banyak
menyokong aku. Rindu mak T_T
3. SEKOLAH MENENGAH
Berbekalkan keputusan yang cemerlang, aku ditawarkan
pengajian peringkat menengah di salah sebuah sekolah kawalan negeri Kelantan.
Sebelum dapat masuk ke sekolah tu, aku sempat sekolah dekat sekolah saluran
selama sebulan.Hampir-hampir nak bayar yuran sekolah dah masa tu sebab aku
ingat dah tak dapat tawaran mana-mana dah tapi tengah hari tu sebelum aku pergi
sekolah sesi petang mak cik aku bagitau cikgu kelas aku masa sekolah rendah
telefon bagitau aku dapat tawaran belajar dekat sekolah ni (masa tu rumah aku
takde telefon rumah,kalau nak telefon kawan-kawan kena pergi rumah mak cik yang
terletaknya di belakang rumah sahaja..hehehe)
Masa sekolah menengah aku aktif dengan Kadet Trafik
Sekolah dan mewakili rumah sukan dalam acara olahraga. Ingat lagi masa
tingkatan 5 aku sapu bersih pingat emas untuk acara lontar peluru, lontar
lembing dan lempar cakera.Sampai ada cikgu dari rumah sukan lain cakap aku ni
tamak.Hahaha.Aku pekakkan telinga je,yang penting Rumah Pluto jadi juara.Pengakhiran
sekolah menengah pula tak best sangat.Keputusan SPM pun biasa-biasa sahaja
sebab masa tingkatan 4 bulan madu lama sangat. Masa nak dekat percubaan SPM la
baru tersedar dari lamunan. Alhamdulillah, kawan-kawan yang pandai sudi bagi
tunjuk ajar.
4. UNIVERSITI
Alhamdulillah, walaupun keputusan SPM ditahap
sederhana tapi Tuhan berikan rezeki untuk diterima masuk ke matrikulasi UIA
dekat PJ. Pertama kali berpisah dengan famili dalam tempoh masa yang
lama.Pernah kantoi dengan room mate sebab menangis rindukan famili.HOMESICK!
Aku dekat matrik setahun sebelum masuk ke kampus utama. Zaman universiti ni
memang best, diibaratkan keriangan seekor burung terbang bebas tanpa sebarang
halangan. Engkau nak buat apa orang tak marah; nak tidur satu hari ke
lantaklah.Kalau dekat rumah confirm kena bebel.
Waktu paling ‘best’ masa zaman universiti adalah masa
struggle menyediakan kertas projek tahun akhir. Menangis,murung dan rasa nak
meroyan semua ada masa tu.Tak campur lagi dengan supervisor reject kita punya
kerja suruh buat lain.Hari ni consult kata macam ni,minggu depan kata lain jadi
macam mana la tak tension.Tapi waktu paling ‘best’ tu telah dibalas dengan
kenangan yang paling indah bila aku dan kawan-kawan yang banyak berkongsi suka
duka 4 tahun berada dalam CAC masa hari konvokesyen.Tarikh ini tidak akan aku
lupa 9.10.11.
SEKIAN,
TERIMA KASIH