Saturday, April 2, 2011

Sejuk Perut Ibu Mengandung

Pagi tadi aku keluar ke Jalan Tar setelah beberapa lama hasrat untuk ke sana tergendala disebabkan kekangan masa..sibuk menyiapkan assignment yang berlambak,kuiz-kuiz dan persiapan untuk pameran site visit ke Hong Kong,Macau dan Shenzhen..kira aku keluar hari ni nak release tension la..lagipun semalam peperiksaan akhir semester berlangsung..soalan-soalan yang keluar boleh tahan la SUSAH!!disebabkan susah jadi aku gunakan kepakaran aku dalam menggoreng dengan meletakkan segala fakta dan auta..hehehehe...aku rasa banyak AUTA!!!OK...sila jangan pandang belakang..fikirkan untuk subjek yang seterusnya...malas aii nak fikir-fikir benda yang dah lepas..

OK..kembali ke tujuan asal..

Berbekalkan dengan duit PTPTN yang semakin menipis..aku gagahkan diri ini ke Jalan Tar..kalau ke sana memang tak sah kalau tak bawak balik 2,3,4 barang..aku adalah beli barang sikit...sikit jer...tudung 2 helai,brooch,alat tulis dan sejadah...sejadah tu kakak aku kirim untuk hantaran pihak lelaki...kakak aku bakal berkahwin hujung bulan ini..jalan-jalan+sembahyang zohor+jalan-jalan lagi...lame2 rasa dah penat jalan jadi aku decide nak balik jer..masa tu dalam 2.30 petang..dalam perjalanan nak ke bus stop berdekatan dengan Sogo..satu drama telah berlaku...ok..not drama la..situasi yang boleh dijadikan iktibar..APAKAH????

JENG 

JENG 

JENG


Aku ternampak seorang kanak-kanak yang berumur lingkungan 5 hingga 7 tahun macam tu menghulurkan sedekah kepada seorang pak cik buta...adik tu bersama abangnya...aku sangat tersentuh melihat budi pekerti adik tu...dia ambil tangan pak cik tu dan bagi duit tu(tak tahu nak explain macam mana)...owhh....kalau la adik tu anak aku memang aku terharu + bangga mempunyai anak yang baik macam tu...apa orang kate "sejuk perut ibu mengandung"...sampai sekarang aku terbayang-bayang lagi peristiwa tu...aku pun tak mampu buat macam tu...kalau bagi just letak dalam bekas yang diaorang sediakan...


Semangat Sedekah sejak Dini
Sedekah itu pelindung dan akan terus bertumbuh(Ihsan Encik Google)


P/s: Cara senang nak bagi sedekah..hanya sedikit modal yang diperlukan iaitu SENYUM!!!owhh..tetibe teringat lagu Senyum (Malique ft Najwa) dengan dialog budak perempuan dalam videoklip Selamat Tinggal (Dina ft Zizan Raja Lawak)..."Ready..Ok senyum!" klik..bunyi kamera..hehehe

smile1-main_Full
Cenyum!!! (Ihsan Encik Google)

No comments:

Post a Comment