Sunday, July 10, 2011

Pangkah dan Cantas

Tak mampu jadi sekuat mereka
Tak mampu jadi setabah mereka
Tahniah buat mereka
Disebabkan merekalah
Aku akan ingat peristiwa ini

9 JULAI 2011

Sumber: Facebook (Laporan Terkini BERSIH 2.0)

"Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land"

p/s: Yang pasti aku akan turun sebagai pengundi bila PRU 13 nanti..hoho tak sabar nak mengundi...pangkah dan cantas mana yang patut!!!!!

Friday, July 8, 2011

Tahniah

Tahniah dekat member-member yang:

1-dah hantar project paper
2-dah buat hardbound cover untuk project paper hanya tinggal untuk hantar je
3-yang bakal buat hardbound cover

AKU?

Tak boleh nak buat lagi..sebabnya aku punya project paper dalam proses editing..check English...minggu depan baru dapat..kalau ikut hati tak nak jer aku hantar tapi bila memikirkan arahan supervisor dan second examiner terpaksa la aku buat benda tu...untuk kebaikan aku juga...pikir positif..tapi dalam tu ada jugak perasaan cuak sebab member-member dah ramai yang dah nak hantar..Ya Allah,Engkau permudahkan urusan aku dalam meyelesaikan hal-hal project paper ni...risau yang teramat sangat ni...


Tahniah!!!! juga kepada adik aku,Aqim sebab berjaya melanjutkan pelajaran ke IKBN Bachok dalam pengkhususan Sijil Teknologi Penyeliaan Makanan Dan Minuman...harap kau pandai merebut peluang yang dah ada depan mata...penat tau aku isi borang untuk kau..walaupun online tapi cuak kot takut tersilap ke apa nanti aku pulak dipersalahkan..tapi Alhamdulillah..akhirnya kau dapat...

Monday, July 4, 2011

TIADA TAJUK

Jika sebelum ni masa tidur termimpi-mimpi project paper aku dah siap...tapi di saat ini tika aku sedang menulis aku gembira kerana mimpi itu telah menjadi kenyataan....ya..aku dah siap project paper dan viva pun sudah..sekarang cuma perlu buat pembetulan seperti yang diarahkan oleh second reader..selepas ni aku tak perlu marah-marah dekat diri sendiri sebab selalu je mimpi yang final draft dah hantar dan tunggu masa untuk viva..


TAPI....ada juga tapi aku ni..hahahaha


Lepas ni mesti mimpi dah hantar hardbound,poster dan CD pulak....arghhhh..tension jugak tu...tu la pasai ape hang balik kampung...seminggu pulak tu...sah-sah la tak sentuh langsung project paper untuk buat correction kan..sekarang ni gelabah kemain la sebab tinggal dua minggu lagi due date untuk submission final project paper.aishhhhh.mengeluh panjang aku memikirkan nasib ini..aaaaaaaaaaaaa.tak sabar nak tunggu 15 JULAI 2011...pengakhiran segala pengakhiran setelah 4 tahun bergelar pelajar universiti...tapi..ehhhh...tapi lagi...berapa banyak tapi la aku ni


Lepas ni dah kena berpisah dengan kawan-kawan URP yang sangat cool,sporting,kelakar....dah tak boleh..eh eh bukan tak boleh tapi kira susah la sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri kan...

1- buat kerja studio sama-sama
2-bergosip-yang ni paling aku suka..hahahahaha....
3-dengar member2 buat lawak yang kadang-kadang boleh semput dibuatnya bila gelak tak ingat dunia
4-lepak sama-sama terutama dekat cafe ameenah di mana sesi bergosip dijalankan
5-dengar lagu raya walaupun tak sampai seminggu kite puasa sebab tension buat kerja studio
6-Sob..sob...sob....banyak nak senaraikan tapi hati tengah sebak ni... (T _ T)

p/s: Tidak dapat diteruskan....sebak-sebak