Monday, August 15, 2011

Salam Ramadhan II

Tajuk entri tak boleh belah.Macam tajuk drama @ dokumentari kat TV jer...hehehe...Alhamdulillah..bulan Ramadhan dah masuk ke separuh pusingan ke 2..cepat betul..memang tak terasa..tinggal beberapa hari lagi nak masuk pusingan 3 a.k.a pusingan akhir bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa.Pusingan akhir ini lah yang dinanti-nantikan, 10 malam ramadhan terakhir di mana umat Islam digalakkan mempertingkatkan amal ibabah mereka (nasihat untuk aku juga). Ini kerana pada 10 malam terakhir ni akan ada satu malam istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar. Jadi, marilah bersama-sama merebut peluang yang datang setahun sekali  ini kerana tahun hadapan belum tentu kita berpeluang bertemu bulan Ramadhan lagi.

p/s:Alhamdulillah...15 Ramadhan 1432 dapat panggilan temuduga.Kena buat yang terbaik!!!!

No comments:

Post a Comment