Friday, March 25, 2011

MINTA MAAF

Hujung-hujung semester ni banyak perkara yang perlu diselesaikan
Lecturer pulak banyak dah masuk gear
Memberi assignment dan adakan test
Lepas tu mula la diri ini gelabah ayam
Nak kena setelkan assignment yang perlu dihantar pada hari yang sama

Masa test pulak memang tak sah tak bawak notes
Tak dapat jawapan refer kat notes
Senangkan? (-_-)'...buruk perangai..sila jangan ikut...

Awal-awal sem dulu tersangat la rileks
Masa terluang pun begitu banyak sekali
Tapi sekarang aku menjadi seorang yang sibuk(ke buat-buat sibuk?)
Menjejaskan masa bersama-sama insan tersayang :(

Saya sibuk tapi saya nak mintak maaf kat insan-insan yang saya sayang:

ABAH-minta maaf sebab lama tak call..hari tu terlaksana jugak nak call abah..rasa bersalah sangat-sangat bila abah kata "sepatutnya abah yang tanya kabar awak,abah faham awak kan belajar"...owhhh..rasa bersalah sangat-sangat..tapi tak tahu la kalau abah aku cakap macam tu sebab nak memerli aku..maklumlah dah lama tak call die...lagi satu aku dah inform abah yang aku kene extend my thesis until semester 3...lagi kata-kata abah yang membuatkan aku rasa bersalah "kenapa pulak?hmmm..tu la banyak tidur tu"..owhh..aku sentap kejap..tapi aku tahu abah kecewa...sebab masa aku bagitau tu die senyap kejap...mintak maaf abah :'(

ADIK dan KAKAK-sori hari tu terkasar bahasa masa terima your call...masa tu tengah stress buat keje...tak bermaksud pun nak tinggikan suara masa tu..i'm really sorry ok...to my kakak(the only one) tinggal sebulan lebih jer lagi kamu akan bergelar seorang isteri...sedihnya...sape nak masakkan sayur goreng lepas ni...kamu kan pakar...and to my adik...hope impian kamu nak masuk ke U tercapai...kalau tak de rezeki jangan putus asa mungkin ada perkara yang lebih baik yang Allah aturkan kepadamu..Insya Allah

Ya Allah,aku mohon keampunan kepadamu...ketika lalai dalam menunaikan suruhanMu..moga kesibukan dunia ini tidak melalaikan aku dalam mejalani ibadahMu..kuatkan hatiku Ya Allah

No comments:

Post a Comment