Wednesday, November 16, 2011

Sembang Kencang

Lama betul tak buat entri baru dekat blog ni.Itulah bila orang buat blog kau pun sibuk nak buat blog jugak.Tapi sesuai jugak nama blog ni Pabila Nama Menaip dengan sikap malas aku nak menaip ni.Bila rajin adalah entri baru tapi kalau malas tak payah cakaplah.Kadang-kadang nak jenguk blog ni pun malas.Ni dekat 2 bulan tak ada entri baru.Ni pun malas tapi aku akan ringkaskan kejadian-kejadian yang terjadi sepanjang 2 bulan aku tak update blog ni.Blog ni seakan "reminder" bagi aku sebab aku akan nukilankan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup aku.Tapi tak semua la..

BULAN SEPTEMBER !!!

1. 3 September 2011 - Menghadiri resepsi Majlis Perkahwinan Ain dan pasangan,Aznil di Hotel Renaissance.Ain, kawan aku masa sekolah rendah dan sekolah menengah.Majlis tu sangat simple tapi sungguh menyentuh perasaan aku dan hadirin yang hadir.Tahniah Ain dan Aznil.Moga berkekalan sehingga hujung nyawa.Amin


Bergambar kenangan bersama Raja Sehari (Ain dan pasangan) dan ex maherian


2. 18 September 2011 - Secara rasminya status sebagai 'penanam anggur' berjaya ditamatkan (erkkk kenapa macam pelik je ayat aku). Hari pertama melaporkan diri di Busana Warisan Anggun sebagai pembantu jualan. Terima kasih kepada Puan Tik Azlina kerana memberi peluang kepada aku sedangkan masih ramai lagi calon-calon yang layak.Insya Allah saya akan berikan sepenuh komitmen dan tidak sia-siakan amanah yang diberikan. Dan akan cuba memberi yang terbaik dalam meningkatkan prestasi syarikat.Insya Allah.

3. 24 September 2011 -Menghadiri sesi temuduga di SBJ Development untuk jawatan Kerani Akaun. Walau bagaimanapun,keputusan adalah dukacita disebabkan aku tidak mempunyai asas dalam bidang perakaunan.Tidak mengapa mungkin rezeki tidak berpihak kepda aku lagi.Yang penting jangan cepat berputus asa.

OKTOBER

Tidak banyak peristiwa yang menarik yang berlaku.Tapi ada satu peristiwa yang aku tak akan lupakan sepanjang hidup aku.Tarikh 9.10.2011 adalah sangat bermakna bagi aku kerana tarikh itu adalah tarikh majlis konvokesyen aku. Alhamdulillah,aku berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam tempoh 4 tahun walaupun terpaksa berhempas pulas untuk menyiapkan projek tahun akhir.Hampir-hampir hendak berputus asa.Mujurlah ada kawan-kawan pemberi kata semangat untuk aku meneruskan dan menyiapkan projek tersebut.Terima kasih Eim,Nora,Aini,Wani,Kak Noni,Atul dan Diba.Korang banyak bagi semangat dekat aku.


BATCH URP 2007-2011

Ini adalah hari terakhir kami meluangkan masa bersama-sama sebelum masing-masing bawa haluan.Ada yang dah kerja dan ada yang sambung belajar.

2 comments:

  1. x sangka Leha ada blog gak, tp xph nak cakap puuun :P

    ReplyDelete
  2. hehehe...buat suka2 jer yus..bukan selalu update pun.kawan2 pun tak semua tahu..

    ReplyDelete