Sunday, May 22, 2011

RISAU

20.05.2011    11:42pm

Sebelum masuk maghrib tadi aku sempat berfacebook..hehehe…tabiat yang perlu dihindarkan
Tetiba..tetengok status sepupu aku mengenai abahnya,pak cik hashim
Kesihatan pak cik hashim tak berapa mengizinkan
Dah keluar hospital tetapi tetiba demam pulak
Esok kena bawak pergi hospital pulak
Sebelum ni dah masuk tapi pihak hospital masih belum mengeluarkan sebarang keputusan kesihatan
Kesian pulak tengok sepupu-sepupu aku
Risau mereka akan kesihatan abahnya

Tetiba teringat dekat abah kat kampung
Abah jarang sakit tapi bila sakit memang teruk
Sama macam aku la,anak abah katakan
Aku pernah demam selama 2 minggu..rekod paling lama tu
Abah pernah sakit sampai badan menggigil-gigil
Abah pernah sakit sampai berselimut litup satu badan
Abah pernah sakit dan hanya mampu terlantar atas tilam hanya bangun bila mahu ke tandas dan solat

Dahulu,aku ingat lagi
Abah pernah pengsan gara-gara adik kecilku yang ketika itu berusia 2 tahun (usia sekarang 10 tahun ) batuk dan muntah keluar darah beku..
Ma dan angah kejutkan abah tapi abah tak nak bangun
Ma dan angah dah mula menangis..
Aku jadi bingung dan manik-manik jernih mula keluar dari mataku
Tapi alhamdulillah..selepas nenek datang dan usap-usap kepala abah
Abah bagi respon dan sedar dari pengsan

T ____ T

p/s 1: Moga-moga pak cik hashim cepat sihat dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa..amin..

p/s 2: mood rindu famili dekat kampung

Thursday, May 19, 2011

Yahooo...dah siap

Yes, thesis aku dah siap..tunggu viva jer..
Sabar-sabar sikit je lagi...
Sabarkan separuh dari iman...
Sabar tu kan indah


Cepatlah viva,nak kerja cepat-cepat
Nak tolong famili ni...
Tak sabar nak tunggu bulan 10
Hari konvokesyen UIAM


Cepatlah...cepatlah...cepatlah 
 |
 |

 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
V

Tetiba..bunyi alarm clock..aku bangun sambil mengosok-gosok mata yang masih mengantuk.argghhh.tension bilamana apa yang aku perkatakan di atas itu adalah illusi di dalam mimpi..tetapi realiti,thesis aku masih tak siap lagi..masih tekun membuat analisis..entah apa lah yang aku analisis..sampai la ni tak siap-siap lagi...boleh tak tak nak buat thesis tapi nak grad??boleh!!!!!nak kena sepak?hahahaha....

Monday, May 16, 2011

"KITA" ditakdirkan berpisah

Aku harus menerima hakikat yang mana kita ditakdirkan berpisah
Hampir 4 tahun aku bersama denganmu
Perlahan-lahan aku menelan kepahitan ini
Tetapi boleh dikatakan saban hari dan waktu
Bayanganmu tidak pernah hilang dari pandanganku
Rindu padamu tidak dapat dibendung lagi
Aku hampir-hampir menangis pabila mendapat berita yang kita perlu berpisah
Kesetiaan yang dibina hampir 4 tahun berkecai begitu sahaja
Aku merayu-rayu supaya perpisahan ini tidak terjadi
Namun rayuan ku tidak dilayan oleh insan tersebut
Malah,insan tersebut mahu memisahkan kita supaya engkau jauh dari pandanganku
Alhamdulillah,nasib baik aku bertindak bijak
Walaupun kita terpaksa berpisah
Namun aku masih boleh memerhatikanmu
Walaupun hati ini terseksa dan perit








P/S: Aku merinduimu,BLOK I, Mahallah Asiah,IIUM