Wednesday, August 10, 2011

Salam Ramadhan

Alhamdulillah...dah masuk 10 Ramadhan 1432 Hijrah.Cepat jer masa berlalu dan rasa macam baru semalam menyambut 1 Ramadhan.Masa bergerak begitu pantas sangat. Setakat ni semua okay dan berjalan dengan lancar tapi yang kelakar bila dah masuk petang aku macam dah lembik.Macam gaya budak-budak baru nak belajar puasa.Nak bercakap pun tak larat dan kadang-kadang malas nak berbual dengan famili members.Hmm,tetiba teringat la pulak zaman kanak-kanak bila bulan Ramadhan.

Aku mula belajar puasa masa umur 6 tahun dan masa tu aku tak tinggal pun puasa.Biasalah la budak-budak excited sebab dapat puasa dan baru mengenal erti puasa macam dapat barang baru.Arwah mak aku memang tegas dalam bab-bab macam ni.Jadi aku dilatih dari tadika supaya bila dah masuk sekolah rendah aku tak liat nak puasa.Tapikan..Bila dah masuk sekolah rendah a.k.a darjah 1,bila tiba bulan Ramadhan aku tetap berpuasa tapi ada sesetengah hari tu aku tak larat puasa dan minta izin arwah mak nak buka waktu azan Zohor.Nasib baik arwah mak benarkan sebab aku berterus terang.

Bila dah up ke darjah 3 aku dah mula pandai curi-curi makan dan minum.Erkkk..bila ingat balik rasa macam bodoh jer.Rasa nak lempang diri sendiri.Satu peristiwa ni aku ingat sampai sekarang.Terkantoi sebab curi-curi minum.Al kisahnya, pak cik aku ada beli pasir dan masa tu dia nak buat rumah.Dia mintak la tolong angkut pasir dan aku join sekali walaupun aku perempuan.Dalam rancak membuat kerja memunggah pasir tetiba tekak aku rasa haus ,syaitan mula menghasut aku dan aku tewas dengan godaan syaitan dan mencari jalan nak basahkan tekak aku.Lepas tu aku cakap la nak pergi buang air kecil padahal aku nak ke dapur nak minum air.Aku masuk ke dapur dan mata melilau-lilau takut line tak clear dan bila dah okay aku apalagi minum air sepuas hati la.Malang tidak berbau tetiba,abang aku menyergah,alamak,kantoi!!! dan aku terus lari masuk bilik.Nak keluar bilik pun tak berani takut kena marah dengan abah dan arwah mak.Tapi nasib baik diaorang tak marah mungkin diaorang faham aku ni masih budak :)

P/s: Banyak sebenarnya pengalaman pahit manis menyambut Ramadhan tapi tak larat nak ceritakan semua.

No comments:

Post a Comment