Sunday, May 27, 2012

NOVEL

Arghhhhh...stress aku!!! Novel yang aku beli dua minggu lepas tak habis baca lagi. Satu hari mampu habiskan satu bab je. Kalau Kak Noni atau Im rasanya mampu je diaorang habiskan dalam satu hari (opsss ter"mention" nama korang pulak.Minta ampun!!!hehehe


Ni la novel yang aku baca tak habis-habis tu. Dari bulan Mac lagi aku cari novel ni. Dua minggu lepas baru jumpa dekat Syarikat Muda Osman. Kalau kat Kelantan, novel-novel baru memang lambat sampai ek ? Rasa tak adil jer. Walaupun aku bukan kaki novel tapi aku bersimpati kepada penggemar novel di Kelantan yang terpaksa order online novel kegemaran mereka sebab lambat masuk di pasaran. Ke aku jer yang payah nak jumpa novel yang aku nak, orang lain senang jer.

Hmmm...ingat nak beli novel bila dapat gaji nanti tapi bila kenangkan banyak hal yang nak kena setel terpaksalah tangguhkan dulu hasrat tu. Rasa nak beli novel STANZA CINTA walaupun tu novel dah lama berada di pasaran tapi tak tahulah kenapa hati ni meronta-ronta minta diri ini belikan novel tu. Drama Stanza Cinta dekat TV3 dulu pun best jadi nak bacalah macam mana jalan cerita novel pula.

Friday, May 25, 2012

Amanlah dikau disana

24 Mei 2012

Sedar tak sedar tarikh hari ini genap 14 tahun arwah meninggalkan aku sekeluarga. Rasa sedih sebab tiba waktu malam baru aku tersedar akan tarikh tersebut. Untuk sebut kenangan dengan arwah mak memang banyak dan biarlah aku semat memori itu  sehingga akhir hayat aku.

Sedih sebab arwah mak tak dapat tengok kejayaan aku mendapat segulung ijazah. Serius masa majlis konvokesyen aku berlangsung,wajah arwah mak bermain-main di fikiran aku. Aku bayangkan arwah mak senyum tengok aku. Rasa sedih jer masa tu.

Mak, walaupun dikau disana aku tetap mendoakan kesejahteraanmu.Moga dikau aman dan bahagia disana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.