Thursday, October 28, 2010

Usaha Tangga Kejayaan

Entri yang selalu orang dengar....tapi bagi aku itulah kata-kata yang selalu menaikkan semangat..nak2 semalam dapat markah kuiz untuk killer subjek...alhamdulillah..ada peningkatan...kuiz pertama hari tu memang rendah betul sampai muka surat depan lecturer tu siap tulis "very poor,need major improvement"..nah ambil kau..kena sebijik dengan lecturer..walaupun aku suka lecturer tu tak semestinya dapat markah tinggi..huhuhuhu....semalam juga berlangsung untuk kuiz ke 3...harap dapat markah yang baik...insya Allah...dah tak larat nak jumpa lecturer yang sama setiap semester....cukupla sampai semester ni jer..

*************************

Tinggal 4 hari lagi....huhuhu....1 November dah mula final exam....lepas tu 2hb,3hb,4hb......ohhh..tak sempat nak nafas la macam ni...larat ke nak baca notes ni....last paper 10 hb....l1hb pulak mestilah la balik rumah...yahoooo...hahaha..kalau bab2 balik rumah ni aku memang cepat..kalau ikutkan hati 10hb jugak aku nak balik..tapi disebabkan beberapa urusan perlu diselesaikan aku terpaksa balik lewat sikit...cehh,bajet macam orang besar jer aku ni...ade urusan konon...hahaha..tapi betul la memang betul2 ada urusan..cuma bukan urusan rasmi..urusan tak rasmi jer..berbalik kepada final exam..aku harap untuk semester ni aku dapat buat yang terbaik...nak naikkan lagi CGPA..hari tu naik sikit jer...macam mana ni..tengok result pun cukup2 makan jer..sempat ker???hmm...tiba2 rasa menyesal pulak..asal aku tak sedar dari dulu lagi...banyak main jer...bila nak dekat2 habis pengajian la baru aku sedar...masa SPM pun macam tu jugak...lepas trial baru belajar betul2..kalaulah aku belajar betul2 mungkin aku dah ambil course medic... :P hahaha..perasan tul...tapi tak apalah..benda dah lepas..sekarang ni aku nak tumpukan perhatian pada pengajian aku..course yang aku ambil ni pun job market luas....tapi satu perkara yang kita kena ingat..Allah tu Maha Kaya...Dia dah tentukan yang terbaik untuk kita...dan rezeki tu ada di mana-mana..mak aku pun selalu pesan kalau dapat kerja even tak berkaitan dengan jurusan yang diambil..kerja jer..mana tahu tu rezeki kita ada dekat situ...



Kemungkinan aku untuk 2 minggu ni (1/11 - 10/11/10)



Kalaulah boleh setenang gambar kat atas kan bagus..Insya Allah


p/s: bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah...USAHA TANGGA KEJAYAAN

Tuesday, October 26, 2010

Kasih Seorang AYAH,ABAH,PAPA,ABI,WAN

BILAMANA KASIH SEORANG AYAH DIAGUNGKAN



Ketika kejauhan 
Masihku hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pemerkan 
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku 
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan  dalam senyummu
melihatku berjaya
Bilaku kegagalan tak kau biarkan
aku terus kecewa
Dengan kata azimatengkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan hidupku ayah 
Tanpa engkau disisi semua kasih sayang 
yang kau curahkan  tersemat dihati.....

Ayah oleh Aeman



Saturday, October 23, 2010

Impian

Salah satu impian aku



Satu hari nanti,aku akan cuba untuk mendapatkannya..tak sabar nak kerja..makin meronta-ronta nak memiliki kamera ini setelah berjaya memegang dan mengambil gambar dengan kamera ni..terima kasih kepada kawan aku sebab bagi izin aku untuk pegang dan guna barang yang menjadi kegilaan ramai..oh,hati...bersabarlah..

Sunday, October 17, 2010

Rindu Padamu

Bergema irama pilu
Bila terkenangkan mu sendu menyulam rindu
Di mana kan kucari bahagia
Lara berlabuh lama sejak kau tiada

Walau sedetik kau pergi
Kembara sepi
Kujelajahi duka ini
Tiada suria lagi

Kelamlah dunia
Kau semilir senja
Kembali bermaya kesuraman lara
Jalinan asmara
Belaian jiwa
Kucuba jua, tak daya kutemukan
lembayung cintaku rela lara

Sebening lara meniti hari
Kanku terus mencari mahkota kasih

Lara oleh:Ziana Zain

Di saat ini aku merindui mu...masih teringat saat-saat indah bersama..rasa ingin kembali kepada saat-saat manis bersamamu...lebih 12 tahun kau meninggalkanku...tetapi memori kita bersama masih kemas terpahat dalam memori ini...hanya doa sahaja yang mampu aku kirimkan buatmu di sana...moga kau berbahagia di sana...segala nasihatmu akan kuingat untuk mengharungi hidup ini...segala hajatmu akan ku hajati..terima mak kerana membesarkan saya..tanpa usahamu dahulu mungkin aku tidak berada di tahap ini...oh hati..please be strong!!!!

Thursday, October 14, 2010

Opppps.....tersilap

Dah lame nak tulis pasal benda ni..tapi disebabkan malas nak tulis jadi aku tangguh...entri ni sekadar nak imbas kenangan dulu dan sekarang...sedia maklum aku ni orang kelantan..kekadang boleh tersasul..nak cakap luar tapi campur bahasa kelantan....malu memang tak leh cakap la...ni senarai yang aku ingat masa aku tersasul cakap...

1.kejadian pertama: masa aku mula-mula di pusat asasi lebih kurang atau lebih 2 minggu duduk di KL..masa tu dekat studio..lepas tu lecturer suruh buat kerja menampal....disebabkan ada kemusykilan di fikiran aku tanpa segan silu aku memanggil lecturer tersebut dan dengan gaya yang confident aku terus berkata "Bro,bende ni nak tempek macam mane?"...lecturerku membalas.."Tempek?,apa tuh?"...owhhh...muka aku dah merah menahan malu.."tak-tak...bende ni nak tampal macam mana?"....huhuhuhu....malu..nasib baik kawan-kawan aku tak gelak kuat sangat...

2.kejadian ke 2 berlaku di dalam tandas...biasa la bila kelas berlangsung dan selepas itu lecturer bagi masa rehat ramai yang berpusu-pusu ke tandas bagi melepaskan hajat...aku tak terkecuali jugak..seronok-seronok duk betulkan tudung,ade sorang kawan dari kelas yang sama masuk...sekali lagi dengan tahap keyakinan yang tinggi "eh,baru tubik?"....kawan aku terpinga-pinga..dia orang KL..jadi tak paham sangat loghat kelantan.."tubik?"..."oh,lupe...keluar..asal baru keluar?"...dia mula gelakkan aku..nasib baik die seorang jer...

3.Kejadian ke 3 berlaku di cafe asrama...hmmm...kejadian ni tak ingat sangat macam mana berlaku..jadi boleh rumuskan macam ni...aku nak cakap pasal tembikai merah..tapi aku orang kelantan ni panggil tembikai merah tu timun jer...sebab kalau orang luar..timun tu mewakili timun batang...

Banyak lagi sebenar kejadian yang aku silap cakap...walaupun dah nak dekat lima tahun aku belajar kat KL dan bercampur gaul dengan pelbagai orang masih loghat kelantan aku tak boleh tinggal..mesti ade termasuk jugak la walaupun sedikit...sedikit pun dah boleh buat orang terpingga-pingga...heheheheh...kadang-kadang kena marah dekat kawan-kawan...huhuhuhu....nak buat macam mana dah lumrah macam tuh..bukan sengaja pun....RINDU KLATE AMBO....

Friday, October 8, 2010

Penyelesaian

Semakin hujung semester menghampiri,semakin banyak perkara dan urusan yang diperlukan. Banyak assignment yang perlukan diselesaikan sementelah hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum peperiksaan akhir semester bermula pada 1 November nanti. Semester kali ini betul-betul menguji kekuatan aku,mana tidaknya peperiksaan aku akan berlangsung 4 hari berturut-turut tanpa henti:

Tarikh peperiksaan:
1November 2010 - Public Administration & Finance
2 November 2010 - Islamic Human Settlement
3November 2010 - Transportation Planning
4 November 2010 - English Academic for Purposes
.
.
.
.
.
10 November 2010 - Project Impact Assessement

Sebelum peperiksaan berlangsung beberapa assignment perlu dihantar dan menempuh beberapa kuiz (mengeluh!!!!!)

  • Project Impact Assessment - kena buat poster, buat rumusan mengenai ecological footprint - nasib baik kerja group
  • Transportation Planning - kena buat site survey..mungkin di Bangsar..mengenai integration between land use and transportation system..owh..lupa..kuiz ke-3..mungkin berlangsung pada minggu terakhir lecture.
  • Research Methodology-kuiz ke-2 dan submission final proposal untuk thesis...
Moga-moga dapat melaksanakan kerja-kerja diatas dengan baik-baik belaka...


Wednesday, October 6, 2010

Allah SWT sentiasa bersama kita :)

Setiap detik yang berlalu
Tuhan ciptakan penuh hikmah
Penuh seribu erti
Setiap perkara yang berlaku
Biarpun sakit menahan
Biarpun airmata kering tak berair
Tempat bergantung kita hanya satu
Hanya pada Maha Kaya kita bersendu

Setiap pintu yang tertutup
Allah buka seribu pintu lagi
Untuk kita cari
Untuk kita merenung diri
Jadi bersabarlah sahabat
Jalan berliku tak selamanya begitu

Aku tahu hatimu kuat
Walau diombak badai sekalipun
Kau pasti tegar bertahan
Jadi tenanglah wahai sahabat
Esok,awan pasti secerah senyumanmu



*Puisi ini hasil nukilan sahabat karib yang mengarang sajak untuk memujuk diri ini yang sedang bersedih kerana ditimpa masalah..terima kasih teman..walaupun kau mengharapkan aku tersenyum membaca puisi ini tetapi sebaliknya berlaku..aku menangis tika membaca puisi yang kau ciptakan khas untukku..terharu dengan keprihatinanmu yang ingin melihat aku gembira..terima kasih sekali lagi teman

Monday, October 4, 2010

Rumah Kecil Tiang Seribu

Syurgaku
Tempat kami bertamu
Beratap rumbia bertiang seribu
Disini kasih sayang bersatu
Tanpa rasa jemu,tanpa rasa ragu
Itulah syurgaku,itulah amanku

Bersandarkan rahmat Tuhan
Kita tegar bertahan
Biar goyang dek badai
Cinta tetap disitu tak pernah usai

Syurgaku duniaku
Penenang jiwa penenang kalbu

Rumahku syurgaku
Buat aku rindu selalu
Bilakah waktu bertemu kembali bertamu
Untuk tebalkan rasa usaikan rindu

Pada mereka tempat gantungan aku
Nantikan aku di rumah kecil bertiang seribu
Bersama senyum penuh rasa rindu
Biar nanti bila berpisah lagi
Takkan ada hati berperang emosi
Biar berat mahu meninggalkan lagi
Demi doamu,harapanmu keluargaku
Tabahlah hati
Tenangkanlah hati
Aku tahu ada doa mengiringi


*Mood merindui kampung halaman :(
Kredit kepada sahabat baikku yang sudi mencipta puisi ini

Friday, October 1, 2010

Berikan Aku Kekuatan

Hari ni dah banyak sangat mengeluh...memikirkan banyak perkara yang perlu diselesaikan...kena uruskan hal itulah..hal inilah..sampai berserabut kepala otak...bila berserabut kepala otak, aku akan jadi pendiam...selepas itu bersedih..sangat tak suka bila perasaan ini bila menyelubungi...masalah cepatlah lari dalam hidup ni..aku nak gembira..tak suka sedih-sedih..bila aku sedih orang sekeliling akan jadi mangsa..

Minggu ini jugak akan jadi minggu "disaster"..dengan due date assignment yang semakin hampir,presentation dan kuiz..arghhh...tak sukanya bila berserabut macam ni..Ya Allah,kuatkanlah semangat hambaMu ini...

Assignment ooo assignment