Thursday, February 24, 2011

Jika aku mampu !

Semalam masa dalam kelas sembang-sembang dengan lecturer mengenai sistem pengangkutan awam
Dia bagi contoh negara Jepun
Lepas tu boleh dia tanya "Awak pernah pergi Jepun?"
Aku jawab "Tak"...sambil tersengih-sengih
Dalam hati..... (-_-)' ....
"Kalau mampu dah lama saya pergi sir"

Nak pergi trip ke Shenzhen-Hong Kong - Macau pun semput nak kumpul duit
Inikan pula nak pergi ke negara matahari terbit tu..
Tapi memang angan-angan nak pergi kat sana..
Lebih-lebih lagi masa musim bunga..

Masa aku di tahun kedua ada seorang lecturer tu tanya aku
"Negara mana yang awak nak pergi sangat?"..lebih kurang macam tu la ayat dia
Tanpa fikir panjang "Jepun".....kemain lebar lagi senyuman aku
"Kenapa awak nak pergi sana?"
"Sebab bunga sakura" :))


Ihsan:Encik google.com

Insya Allah...kalau ada rezeki nak jejakkan kaki kali kedua dan seterusnya ke negara orang..
Pergi Mekah memang seharusnya :))

Terlebih

Satu fakta yang menarik aku dapat hari ini semasa berlangsungnya kelas aku pagi tadi

Kenapa negara Bangladesh mengalami situasi "overpopulated"?

Menurut fakta daripada lecturer aku
Kehidupan di Bangladesh (sesetengah kawasan) ibarat kais pagi makan,kais petang makan petang
Jadinya,jika mereka tidak bekerja
Masa untuk bersama keluarga adalah banyak
Si suami dan si isteri...ehem ehem ehem (faham-faham sendiri) -aku dan kawan-kawan gelak tapi lecturer aku "serius ini betul!"
Oleh sebab itulah, Bangladesh mengalami situasi "overpopulated" 

CINTA

Alhamdulillah..pada 17 Februari lepas diberi kesempatan masa dan diizinkan kesihatan yang baik  oleh Allah SWT untuk mengikuti satu forum yang bertajuk “Antara Dua Cinta”. Forum yang diadakan bersempena Zikratul Maut Week yang berlangsung di universiti aku dari 15 Februari sehingga 20 Febuari 2011. Forum ini dipengerusikan oleh Ustaz Shaari (tak tahu eja macam mana) dan diserikan dengan dua panelis yang hebat. Panelis pertama adalah Ustaz Akhil Hayy seorang penceramah bebas.Dewan tempat berlangsungnya forum penuh dan mungkin kehadiran ustaz Akhil Hayy menjadi salah satu faktor mendorong para hadirin datang ke forum tersebut(maaf jika anggapan aku silap). Panelis kedua adalah Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, seorang penulis novel (Tautan Hati,Pemilik Cintaku-yang aku tahu) dan bekas graduan dari universiti aku dalam jurusan Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan dan pengkhususan dalam bidang Fiqh & Psikologi.

Sungguh terkesan dihati dengan tutur bicara tuan moderator dan para panelis.Mengangkat 2 cinta teragung iaitu cinta kepada Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Subhanallah….walau sebesar mana ujian  yang diberi oleh Allah SWT tak bermakna Dia tidak menyayangi kita.Ujian yang ditimpa ke atas kita mungkin mengubah kita menjadi lebih positif :)) 

     


Ihsan: google.com

Friday, February 18, 2011

S.E.N.S.I.T.I.F

Waaaaa...tak sukelah ada sifat macam ni...tapi aku harus ingat ini salah satu sifat yang Allah kurniakan kat aku...ada kebaikan dan ada jugak keburukannya....

Baiknya sifat sensitif ni kite akan alert dengan keadaan sekeliling....harap aku betul...bila bersifat sensitif dengan keadaan yang berlaku di sekeliling aku dapat buat apa yang sepatutnya...sebagai contoh la.....jika aku nampak member aku tengah moody atau masam mencuka...langkah terbaik adalah mendiamkan diri...so disitu akan nampak aku sensitif dengan air muka seseorang....jika aku tegur jugak maybe aku jugak yang makan hati..yela kalau orang moody kite tegur die akan jawab soalan kite acuh tak acuh tak pun senyum dengan tidak ikhlas..walaupun die tak de niat pun nak buat macam tu kat kite....alih-alih nanti kite pulak yang moody...

Sifat sensitif ni aku tak suka bila aku kena tegur or baca something yang boleh gores hati aku.....lagi satu aku tak boleh dengar orang marah dengan suara yang kuat dan lantang..confirm 100% air mataku meleleh...tak suka sangat-sangat....my big brother pun dah faham dengan kelemahan aku ni....dia tak berani nak marah-marah aku sebab dia tahu aku ni tak boleh dimarahi....dulu aku curi-curi masuk bilik dia masa dia pergi solat jumaat nak explore handphone dia..biasa nampak benda baru mestilah ada keinginan nak tahu kan...balik dari solat jumaat dia masuk bilik masa tu aku dah berdebar dah...then dia keluar dan marah-marah kat kitaorang adik beradik dan tanya sapa yang main handphone dia..dia perasan ada orang main handphone dia sebab aku tak locked keypad..dah aku tak tahu nak locked macam mana aku tinggal jer sebab aku ingat dia akan automatik locked keypad handphone tu..tapi aku punyerlah berani terus mengaku....dia marah macam-macam tu...yela dia tahu kalau aku marah aku lebih-lebih confirm 100% la aku menangis...silap-silap dia yang kena marah balik dekat abah..hehehehe.....

Friday, February 11, 2011

Selamat

Alhamdulillah..aku selamat menghadiri 3 majlis yang aku excited nak menghadirkan diri.....bermula dengan majlis reunion masa sekolah rendah...pagi2 dah bangun awal sebab nak prepare makanan..aku bahagian sediakan bihun goreng dan of course la bukan aku yang goreng bihun tu...hehehe....bahagian sediakan barang2 nak goreng bihun menjadi tugas aku dan si tukang masak of course la my mum...sedap my mum masak...kadang2 my mum ambil tempahan masak..kalau ada program dekat masjid rumah aku..orang masjid mintak tolong mak aku masakkan....kadang2 ada jugak tempahan untuk majlis perkahwinan..kadang2 terpikir bila dah grad nanti nak bukak business catering..agak2 boleh tak aku jadi usahawanita???hmmmmm....siap plan itu ini dah...if aku bukak business ni aku just nak family members je involve...dan siap dh plan tugas for every family members....ngok ngek betul la..ni gara2 cadangan sepupu aku la...but i think her idea is very good...


Berbalik kepada cerita asal....bihun goreng yang mak aku masak bukan sebarangan bihun goreng tau...bihun singapore tuh...import from Singapore mali!!!!hehehe.....aku pun tak tahu kenape orang panggil bihun singapore@bihun putih(panggilan manja)...ahh..tak kisah la name ape yang penting sodappppp....syok mak aku goreng pukul 10 lebih baru siap goreng bihun tu....aku dah cuak sebab majlis start pukul 10 pagi...aku bergegas capai handphone coz terralit menyaksikan aksi mak aku menggoreng bihun...hahaha..macam orang yang tak pernah tengok orang menggoreng bihun jer aku ni....tapi sekali bila aku call member aku dia cakap tak de orang lagi...hah!!biar betul...betul2 janji melayu termasuk aku la..hehehe....lepas dah siap semua terus bergegas ke tempat majlis...





Bihun Singapore.Amik kat http://www.myresipi.com




Tiba2 malas pulak nak menulis....apa yang dapat aku simpulkan....sangat seronok dapat berjumpa dengan kawan2 lama even daripada kelas lain tapi kami sangat rapat seakan-akan telah lama kenal..walaupun masa sekolah dulu tak pernah bertegur sapa..hehehehe..alhamdulillah..facebook walaupun orang cakap banyak keburukan tapi dalam buruk2 facebook ia dapat merapatkan kembali silaturrahim aku dan kawan2 masa sekolah rendah dulu…hampir 10 tahun kami tak jumpa tapi walaupun ada beberapa muka yang aku jumpa masa raya puasa dulu..tapi memang jaranglah dapat jumpa diaorang..maklumlah aku belajar dekat uia yang mana cutinya tidak selaras dengan u lain..bila balik bercuti aku lebih banyak lepak dekat rumah..nak keluar tak tahu nak ajak siapa…tapi dalam kegembiraan ada jugak rasa terkilan kerana tak dapat stay lama kat sekolah tempat reunion berlangsung sebab majlis kedua pulak berlaku sebelah petang…cikgu2 yang sempat jumpa cikgu yusop(buat reunion ni semata-mata untuk dia sebab dia sanggup turun dari perak nak jumpa kitaorang plus dia ada program lain jugak sebenarnya)…terharunya!!!!!cikgu saufi,cikgu amir,cikgu bad,cikgu habsah….paling terkilan tak dapat jumpa cikgu norizan dan cikgu narimas tapi cikgu narimas tak dapat datang sebab dia ada hal di johor bharu…


Tapi paling kelakar masa sembang dengan cikgu saufi...dialognya berbunyi begini(cehh...gaya macam nak jawab kuiz sambil tangan bersedia nak menekan buzzer)


Aku:Cikgu..kenal saya lagi tak??
Cikgu Saufi:........(berfikir)tak ingat dah siapa tapi awak yang jaga gol kan...





Gawang gol bola baling


Hahahaha....terbahak2 aku dengan member2 aku gelak...nama aku tak ingat tapi ingat posisi aku masa main bola baling....last2 dia ingat nama aku sekali dengan nama ayah..amik kau!!Cikgu Saufi ni cikgu sukan...sangat2 take care about us yang participate in sport..sampai pernah satu masa aku dengan dia tak bertegur sapa sebab dia marah aku tak ambil bahagian dalam sukan olahraga...konon2 nak concentrate kt trial upsr la...masa ambik result upsr baru kitaorang OK sebab dia yang bagitau result aku....


*Walau sudah lama kenangan itu berlalu..semua itu masih tersemat kukuh dalam membran sel otak aku...