Monday, June 13, 2011

BOLA

Bila kita yang menjadi punca berlakunya suatu kegagalan dalam sesuatu perkara..mungkin kita akan diselubungi perasaan bersalah yang teramat sangat..lebih-lebih jika ia melibatkan ramai pihak..aku juga pernah mengalami perasaan itu..tetapi sebab hal remeh perasaan bersalah itu cepat terhapus dalam diri ini…kegagalan pasukan kelantan atau lebih dikenali sebagai the red warriors memenangi Piala FA menghancurkan harapan peminat-peminat bola sepak terutama penyokong-penyokong  kelantan..aku salah seorang daripadanya…berkenaan dengan bila kita menjadi punca kepada kegagalan..aku rasa daudsu adalah orang yang paling diselubungi perasaan bersalah yang teramat sangat pada malam tersebut selepas tertanduk bola ke gawang gol sendiri...niat dia untuk menghalang bola lawan daripada masuk ke gawang gol tetapi niat murni itu telah membawa padah kepada dirinya dan juga pasukan kelantan di minit-minit akhir sebelum perlawanan tamat..serius aku pun terkejut dengan kejadian tersebut…sedih tak usah nak cakaplah...Yang jadi bersemangat terus lesu bila pasukan terengganu menyamakan kedudukan..kecewa dihati semakin parah bila pasukan lawan menjaringkan gol ke 2..ok,memang dah tak ada harapan walaupun aku dalam hati masih menyimpan harapan dekat team kelantan..mana tahu tiba-tiba keajaiban berlaku..macam berlaku dekat pasukan lawan..tetapi bagi aku pasukan terengganu layak memenagi piala tersebut.aku suka dengan semangat diaorang yang tidak berputus asa selepas ketinggalan 1 gol..mereka sangat bekerja keras dan akhirnya berbaloi selepas dapat menyamakan kedudukan sebelum wisel dibunyikan dan memaksa mereka bermain untuk masa tambahan 30 minit..tahniah kepada pasukan terengganu kerana memenagi Piala FA 2011…tahun depan insya Allah kelantan menang pulak..yeye je aku…hahahaha..

p/s: pemain-pemain terengganu sangat hensem…terutama jersi no 14..siapakah anda?hehehe...

No comments:

Post a Comment