Wednesday, October 2, 2013

Dekatnya Cinta #Adam dan Hawa 2

Akhirnya dapat jugak beli dan baca karya terbaru Aisya Sofea.Sebelum ni ingat nak beli sendiri je sebab masa jalan-jalan dekat Popular ternampak novel ni.Meronta-ronta hati ni suruh beli.Tapi bila ingatkan dah booking novel ni dengan Kak Long terpaksa kuat semangat ni.Terima kasih Kak Long sebab tolong belikan.Dari Kuala Lumpur ke Kelantan..hehe.Siap dapat tandatangan Kak Sya lagi..terharu.Lebih terharu bila tengok nama aku ada sekali.Terima kasih Kak Sya. Aku baca novel Kak Sya 3 hari jer. Bermacam gaya dan posisi masa baca novel ni. Kelakar pulak bila duk ingat.

Mula-mula baca novel ni agak boring sikit la..tapi lama-lama makin seronok pulak. Sebelum tidur mengadap novel ni..bangun tidur pun macam tu jugak..eh-eh,solat Subuh dulu.Lepas solat Subuh baca Al-Mathurat.Lepas tu baru baca Dekatnya Cinta. Beremosi jugak la aku baca novel ni.Pandai Kak Sya bermain dengan ayat sampai aku pun turut beremosi.Lebih-lebih lagi dengan watak Ain..bila dia menangis aku pun rasa nak menangis..nasib baik boleh kawal air mata ni dari masa baca novel..kalau keluar air mata,malu la kalau famili aku nampak.Mesti diaorang pelik dengan aku,baca novel pun boleh menangis.

Tak sabar nak nantikan kemunculan filem ni pulak.Jalan cerita novel dah best,harap-harap filem nanti pun akan best jugak.Siapalah yang akan pegang watak-watak baru nanti.Aku siap duk pikir-pikir siapa yang sesuai pegang watak tersebut.Lagi satu persoalan,siapa yang akan pegang watak Erin yang dilakonkan oleh Putei Sarah sebelum ni.Sebab aku dengar dia nak berhenti berlakon tapi tak tahu la betul ke tak (eh-eh tetiba macam wartawan pulak).Tak kisah la yang penting watak hero heroin dikekalkan AARON AZIZ & NADIYA NISSA. Amek,huruf besar lagi ko..


Tandatangan istimewa dari Aisya Sofea a.k.a Kak Sya. Hope dapat jumpa Kak Sya face to face suatu hari nanti :)


Saturday, August 24, 2013

Zaman Asasi

Khamis lepas berSMS dengan Im..masa tu dia bagitau yang kawan sebilik masa kitaorang dekat matrik dah selamat dapat title "Dr" dari UIA Kuantan. Rasa bangga masa tu, macam aku ni mak tirah pulak (eiii..serius over). Tumpang bangga dengan pencapaian kawan :).

2,3 hari ni selalu duk teringat kenangan masa dekat matrik. Sebab selalu duk teringat la maka terkeluar la idea nak menulis dekat blog untuk tatapan dikemudian hari. Beruntung sangat sebab masa dekat matrik dapat roomate yang sangat baik dan awesome. Tak oleh bayang kalau dapat roomate yang entah apa-apa, mesti tragis punya dan menjadi cerita "Awan Yang Terpilu-Ning Baizura" (Ok..ni dah nak start melalut la ni). Dah la pertama kali berjauhan dengan famili dalam masa yang lama.

Masa dekat Matrik Uia,PJ dulu aku stay dekat Mahallah Khadijah. Serius masa dapat kunci bilik tu aku tertanya-tanya apalah maksud Mahallah ni.aku tak tahu UIA banyak guna term Bahasa Arab masa tu.siap salah baca pulak tu..serius bila kenang balik rasa bodohnya..M.A.H.A.L.L.A.H pun tak reti nak baca macam mane (ketuk kepala sendiri). Berbalik kepada cerita Mahallah Khadijah (panggil KC jer lepas tu short form dari Khadijah College), dekat KC tu aku ditempatkan di tingkat 9..naik tangga weh..serius rasa nak pengsan masa tu..abah aku maintain jer..hehehe..masa masuk bilik tu dah ada 2 orang roomate masa tu, Tirah dengan Ecah. Masa tu Tirah dengan Ecah budak engineering. Lepas tu Tirah tukar course Farmasi..lepas tu tukar pulak ambil medic sampai la dia abis study dekat UIA Kuantan dan dapat title "Dr". Lepas aku sampai sekejap sampai pula Im..aku dengan Im budak AED (senibina). Selepas tu, bermula kehidupan kami sebagai penghuni KC 928 Wing B. Pelbagai suka duka yang kami tempuhi bersama sepanjang bergelar penghuni bilik tu.

*Cerita mak cik jual karipap dan orang sebelah...ni cerita seram dan yang paling ingat sekali
*Kacau budak lelaki UKC sebab diaorang suka memekak malam-malam
*Buat gotong-royong dalam bilik..lepas tu bising sebab masa mengemas banyak jumpa rambut..siap boleh cam rambut siapa-siapa.hahaha

Hmmm..banyak lagi memori tapi tetiba dah malas nak menaip.Ok.Bye!!!


Saturday, May 11, 2013

Menggamit Memori

Hahaha...itu je yang mampu aku buat masa tulis tajuk kat atas.Tak leh blah sungguh. Semalam tak tahu nak buat apa rajinkan dirilah baca blog-blog yang ada dekat Malaysia. Aku memang tak sah kalau tak singgah dekat blog FATIN LIYANA..alah, bakal doktor yang cantik itu.Aku memang suka baca entri-entri dalam blog dia, cara penyampaian dia macam gila-gila dan santai. Ok, ketepikan dulu soal fatin liyana sebab nanti jadi cerita pasal fatin liyana pulak.

Sedang enak membaca satu persatu entri dalam blog dia, tetiba mata terhenti dekat entri pasal HONG KONG!!!Waaaa..rindunya nak gi Hong Kong lagi. EIM!!! nak pergi Hong Kong lagi tak? Disneyland tak habis tawaf lagi. Ingat lagi tak kita main game budak-budak jer sebab malas nak beratur panjang dekat game-game mencabar. Mencabar la sangatkan. Kita kena pergi lagi nih..tunaikan misi-misi yang tertunggak.Hehehe

Lagi satu takleh lupa masa dekat sana, makan kacang yang ada dalam peti sejuk hotel. Tup-tup dapat tahu kalau ambil apa-apa dalam peti sejuk kena bayar. Dah lah masa makan kacang tuh sambil tengok TV siap landing atas katil, amboi kemain yea. Hah, masa hari check out tu kena bayar. Sabar je lah. Rasanya kena bayar HK 25 dollar. Mahal gila!!! Kacang bungkusan kecik je pun. Yang takleh blah tu, siap nak ganti kacang tuh sebab tak nak kena additional charge,kalau kne charge dengan pihak hotel mesti diaorang charge mahal.

Waaaa..(nangis lagi)..rindunya nak pergi sana lagi.Dah la first experince naik kapal terbang dan first time pergi oversea. Terima kasih banyaklah kepada Tabung Abah yang tersayang. Kalau abah tak top up mesti tak dapat merasa pergi Hong Kong dengan kawan-kawan yang super awesome.Yeah!!!

Kawan-kawan yang super AWESOME!!!

Antara game yang sempat main dekat HK Disneyland. KEANAKKAN sangat!!!Hahaha

Mereka lagi!!!Amboi sorang-sorang gaya..

SEKIAN TERIMA KASIH

Wednesday, March 13, 2013

KEPUTUSAN

Sangat payah bila terpaksa membuat keputusan
Bilamana melibatkan soal masa depan
Dilema dalam keputusan untuk menerima atau menolak
Orang kata peluang yang ada di depan mata jangan disia-siakan

Tetapi bila saat membuat keputusan
Semuanya berubah
Harap keputusan yang aku buat ini terkandung hikmah disebaliknya
Moga ada rezeki yang lebih baik mendatang di kemudian hari
In sha Allah

Friday, March 1, 2013

Soalan popular

Lama betul tak update blog..maklumlah seiring dengan nama blog pabila tangan menaip kalau dah malas menaip tidaklah aku mengupdate blog ni.Tapi kalau taip-taip komen dekat Facebook dan Twitter rajinlah sikit.

Dah masuk bulan Mac ni bermaksud umur aku semakin menghampiri 25 tahun.Ahhh,25 TAHUN???Biar betul!!!Kenapa aku rasa tak macam 25 tahun pun..rasa macam sweet-sweet 17..hahaha..ini dah melampau!!!Bila dah masuk umur JUBLI PERAK (errkk betul ke jubli perak) maka bertalu-talulah soalan cepumas yang bertubi-tubi yang perlu dijawab.SOALAN-SOALANNYA:

1) BILA NAK KAHWIN?
Mulut jawab: Insya Allah..ada jodoh saya kahwinlah (senyum)
Hati jawab: Ingat kahwin ni senang ker..mana nak kumpul duit lagi,cari calon lagi

2)DAH ADA CALON?
Mulut: Dah ada!!! (nak bagi tukang tanya tu berhenti dari bertanya soalan seterusnya)
Hati: (Hanya Tuhan yang tahu)

"You might be married to the worst man ever, like Asyah was married to Pharaoh - but it didn’t change her and her loyalty and love to Allah."
 
"You might be married to the best of men, like Prophet of God, and still not enter Heaven - like the wife of Nabi Lut a.s."

"You might be not married to any man, like Maryam (alaiha salam), and Allah can make your rank higher than any women on the Earth. Know your priorities. Love and trust is with Allah first."