Monday, August 15, 2011

Konvo!!!!!!

ALHAMDULILLAH....

Congratulations on your success in completing your studies and the University is pleased to accordingly extend this invitation to you to attend the 27th Convocation Ceremony for the conferment of your degree.

The Convocation Ceremony will be held from 8th October 2011 until 10th October 2011, encompassing five sessions altogether.

(ayat kat atas adalah hasil salin dan tampal dari http://www.iium.edu.my/convo)



Tahniah buat semua batch BURP 2007-2011 yang akan grad bulan 10 nanti.Tarikhnya 9 OKTOBER 2011 (sesi petang).Tak sabar nak jumpa korang semua.

p/s:dah boleh start cari-cari kain sepasang nak dibuat baju kurung untuk konvo nanti..hehehe..eh..eh..buka purse duit ada RM 2 lebih jer..alamak!!!

Salam Ramadhan II

Tajuk entri tak boleh belah.Macam tajuk drama @ dokumentari kat TV jer...hehehe...Alhamdulillah..bulan Ramadhan dah masuk ke separuh pusingan ke 2..cepat betul..memang tak terasa..tinggal beberapa hari lagi nak masuk pusingan 3 a.k.a pusingan akhir bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa.Pusingan akhir ini lah yang dinanti-nantikan, 10 malam ramadhan terakhir di mana umat Islam digalakkan mempertingkatkan amal ibabah mereka (nasihat untuk aku juga). Ini kerana pada 10 malam terakhir ni akan ada satu malam istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar. Jadi, marilah bersama-sama merebut peluang yang datang setahun sekali  ini kerana tahun hadapan belum tentu kita berpeluang bertemu bulan Ramadhan lagi.

p/s:Alhamdulillah...15 Ramadhan 1432 dapat panggilan temuduga.Kena buat yang terbaik!!!!

Wednesday, August 10, 2011

Faizal Hussein

Dah pegang jawatan penganggur terhormat ni banyaklah masa yang aku habiskan depan TV.Banyak jugaklah drama-drama yang aku layan.hahahaha.ishh ishh bulan puasa ni kan lebih elok banyakkan beribadat.Bila banyak layan drama-drama melayu tetiba banyak pulak pelakon-pelakon yang aku minat.Padahal sebelum ni aku tengok diaorang biasa-biasa jer.Sekarang ni aku tengah kemaruk gila minat dekat faizal hussein.erkk betul ke ayat aku nih?Zaman-zaman kecik dulu suka dia berlakon drama yang ada silat-silat.Nampak macho!!!Sekarang drama dia yang aku selalu layan adalah Kembar Kecoh TV9 (jadi ayah), Izinkan Abang Pergi TV2 (hero) dan  Seharum Kenanga TV2(hero jugak).




Salam Ramadhan

Alhamdulillah...dah masuk 10 Ramadhan 1432 Hijrah.Cepat jer masa berlalu dan rasa macam baru semalam menyambut 1 Ramadhan.Masa bergerak begitu pantas sangat. Setakat ni semua okay dan berjalan dengan lancar tapi yang kelakar bila dah masuk petang aku macam dah lembik.Macam gaya budak-budak baru nak belajar puasa.Nak bercakap pun tak larat dan kadang-kadang malas nak berbual dengan famili members.Hmm,tetiba teringat la pulak zaman kanak-kanak bila bulan Ramadhan.

Aku mula belajar puasa masa umur 6 tahun dan masa tu aku tak tinggal pun puasa.Biasalah la budak-budak excited sebab dapat puasa dan baru mengenal erti puasa macam dapat barang baru.Arwah mak aku memang tegas dalam bab-bab macam ni.Jadi aku dilatih dari tadika supaya bila dah masuk sekolah rendah aku tak liat nak puasa.Tapikan..Bila dah masuk sekolah rendah a.k.a darjah 1,bila tiba bulan Ramadhan aku tetap berpuasa tapi ada sesetengah hari tu aku tak larat puasa dan minta izin arwah mak nak buka waktu azan Zohor.Nasib baik arwah mak benarkan sebab aku berterus terang.

Bila dah up ke darjah 3 aku dah mula pandai curi-curi makan dan minum.Erkkk..bila ingat balik rasa macam bodoh jer.Rasa nak lempang diri sendiri.Satu peristiwa ni aku ingat sampai sekarang.Terkantoi sebab curi-curi minum.Al kisahnya, pak cik aku ada beli pasir dan masa tu dia nak buat rumah.Dia mintak la tolong angkut pasir dan aku join sekali walaupun aku perempuan.Dalam rancak membuat kerja memunggah pasir tetiba tekak aku rasa haus ,syaitan mula menghasut aku dan aku tewas dengan godaan syaitan dan mencari jalan nak basahkan tekak aku.Lepas tu aku cakap la nak pergi buang air kecil padahal aku nak ke dapur nak minum air.Aku masuk ke dapur dan mata melilau-lilau takut line tak clear dan bila dah okay aku apalagi minum air sepuas hati la.Malang tidak berbau tetiba,abang aku menyergah,alamak,kantoi!!! dan aku terus lari masuk bilik.Nak keluar bilik pun tak berani takut kena marah dengan abah dan arwah mak.Tapi nasib baik diaorang tak marah mungkin diaorang faham aku ni masih budak :)

P/s: Banyak sebenarnya pengalaman pahit manis menyambut Ramadhan tapi tak larat nak ceritakan semua.

Sunday, August 7, 2011

Cerita Pecut

Sesuai betul nama blog aku,Pabila Tangan Menaip.Yela,bila tangan malas nak menaip tak adalah cerita terbaru.Padahal banyak jer peristiwa2 yang berlaku.Ada jugak niat nak merekodkan dalam blog tapi malas punya pasal terpaksalah aku buat rumusan pendek.Cerita2 ni penting untuk rujukan masa depan :))

1. Aku dah habis belajar..yahooo!!!!
Alhamdulillah, pada 13 Julai 2011 aku secara tidak rasmi telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda.Rasa macam tak percaya bila dah habis belajar dan pelbagai perasaan yang tak dapat digambarkan.Dah lama masa pergi print hardbound macam2 kesilapan yang aku buat.Tapi nasib baik ada kawan2 yang baik hati..Thanks Ann, Aswad,Jijie dan Anip sebab tolong aku susun2 kertas masa print hardbound hari tu.Kalau tak ada korang tak tahu la macam mana...korang ada pun aku masih menggelabah..aku selalu macam tu suka gelabah tak tentu pasal!!!!

2.Bakal bergelar mak cik a.k.a aunty
Insya Allah,jika diizinkan Tuhan kakak aku yang kahwin bulan 2 hari tu bakal menimang cahaya mata.Kandungan tu baru berusia 2 bulan. Kakak aku pun tak kecoh2 lagi..tapi aku bengang cikit sebab dia tak bagitahu aku pun,ni pun aku tahu dari mak aku. Ingat sebelum dia nak balik terengganu dia nak bagitau la,sampai ke sudah dia tak bagitahu pun.grrrr..Geram3x (gaya Upin Ipin)

Tetiba,ehh..asal 2 cerita ni jer yang bermain di fikiran aku?kata banyak cerita...alaaa,biasalah nama lagi blog Pabila Tangan Menaip..hmmm..encik malas dah datang ni..aku sambung lain kali la..bila tu tak tahu la