Saturday, January 17, 2015

KEPUTUSAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR N17 SPP


24 Disember 2014 yang lalu aku dapat panggilan telefon daripada SPP mengatakan aku berjaya dalam temuduga untuk jawatan pembantu tadbir N17 yang telah diadakan pada 1 September 2014 bertempat di Politeknik Kok Lanas. Walaupun dah diberitahu berjaya tapi hati masih risau sebab bila tiap-tiap minggu duk masuk laman web  SPP nak tengok keputusan tapi takde juga. Lagi satu masa dapat call tu dah la bos ada sebelah aku, so aku tak fokus sangat dengan perbualan masa tu. Dah la orang SPP tu siap tanya aku ada minta kerja PT N17 ke, aku plak blur-blur sebab temuduga tu dah lama. Jadi aku assume tak dapat la sebab aku kan ada degree, possibility nak dapat tu susah.

Dan hari ini bertarikh 14 Januari 2015, aku saja-saja jela masukkan nombor kad pengenalan aku dekat semakan keputusan temuduga, sekali keluar macam ni: