Saturday, March 31, 2018

SWEET SOUR 2017

Hari ini hari terakhir bagi bulan Mac 2018. Bermakna sudah 3 bulan tahun 2018 berlalu. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerjaya (ececehh) dan kemalasan yang melampau (FAKTOR UTAMA) blog tempat aku meluah segala buah fikiran, perasaan dan pengalaman terabai. Tahun 2017 pun hanya satu entri yang berjaya ditulis oleh aku. Sebenarnya banyak yang aku nak tulis tapi bila buka sahaja labtop tangan melencong ke tempat lain. Sabar je la dengan diri sendiri. Kan best masa nak update blog ada satu function untuk mendengar dan menaip apa yang aku cakap. Mesti aku rajin jer update blog. Hahahaha..aku dah mula nak mengarut dah ni. 

Baiklah. Kita kembali ke pangkal jalan. Entri kali ni aku nak imbas kembali kejadian 2017. Lepas ni kalau aku bukak blog ni boleh la aku duk kenang-kenang balik kejadian tu. Ni yang aku ingat la dan yang memberi kesan dalam hidup aku.

1. Terlibat dalam kemalangan kecil.

Masa kejadian berlaku, aku dalam perjalanan nak balik rumah ke Kota Bharu. Aku bekerja di Kuala Krai dan kebetulan hari tu aku tak dapat masuk ke tempat kerja di sebabkan jalan ke tempat kerja aku dinaiki air. Jadi aku dan rakan-rakan yang lain pergi la melapor diri di tempat yang terdekat dengan tempat kerja kitaorang. Sebab tak tahu nak buat apa, kitaorang decide nak cabut awal sebab kitaorang dah mati kutu dekat situ tak tahu nak buat apa. Aku pulak nasib baik ada alasan nak pergi servis kereta. Lepas setel servis kereta, aku pun menyambung perjalanan balik ke rumah. Kebetulan hari aku nak balik tu keadaan jalan agak sesak. Semua kenderaan bergerak perlahan. Aku pun tak tahu macam mana boleh ter"cium" bumper belakang kereta depan aku. Bumper depan kereta aku sedikit kemek. Tapi aku setel dengan air panas dan jari jemari adik aku. Jari aku tak muat sebab "kecik" sangat. Hahaha. Alhamdulillah, aku setel dengan pemandu tu dengan bayar ganti rugi. (Malam baru setel sebab aku tak banyak cash masa tu sebab baru lepas servis kereta). Lepas kejadian tu memang aku berhati-hati sangat. Jarak kereta aku dengan kereta depan memang jauh sangat. Kalau kereta belakang mesti dan sumpah seranah dekat aku. Tapi aku kesah apa. Yang penting aku dan kereta selamat.

2. Lelaki idaman selamat mendirikan rumahtangga

Masa dapat tahu dia nak kahwin , tok sah duk cakap la macam mana perasaaan aku. Macam-macam perasaan ada. Sedih sebab dia nak kahwin dan impian aku nak kahwin dengan dia dah musnah. Dalam masa yang sama aku gembira sebab kawan aku nak kahwin dan gembira bersama pakej syukur sebab Tuhan dah jawab doa aku. Bermakna aku dengan dia tiada jodoh. Alhamdulillah.

Sebelum tahu dia nak kahwin, member aku ada bagitau lelaki tu dah bertunang dan akan kahwin tak lama lagi. Aku berdebar je menanti bulan yang dia nak kahwin. Satu hari yang tidak dijangka, aku terima Whatsapp daripada lelaki tu untuk hadir ke majlis kahwin dia. Nasib baik aku dekat ruang tamu rumah keluarga, kalau dekat rumah sewa aku dah melalak kot. Hahaha. Aku balas mesej dia dan tulis akan hadir majlis dia walaupun masa tu hati aku tengah sedih. Adoi malas la nak tulis panjang-panjang. Cukuplah aku boleh katakan dia insan yang sangat istimewa yang pernah hadir dalam hidup aku. Ok..enough!! Move on..


3. Cuti-cuti ke Pulau Pinang bersama BFF

Sepatutnya percutian aku ke Pulau Pinang  dijadikan entri untuk tahun 2017. Tapi seperti yang aku tulis di awal entri aku, sejenis kemalasan yang tiada kesudahan menyebabkan entri percutian ke Penang berlalu begitu sahaja. Tunggu la aku rajin sikit. Memang aku nak update pasal percutian tu sebab sangat last minute punya perancangan sebab pergi musim cuti sekolah. Nasib tak kena tidur dekat masjid je. Banyak terhutang budi dengan Eim sebab dia banyak buat research pasal Penang. Aku banyak menurut jer. Terima kasih Eim. Harap tak serik nak bercuti dengan aku lagi. Insha Allah nak repeat lagi ke Penang sebab masa percutian kami hari tu, Bukit Bendera ditutup kepada orang ramai kerana proses penyelenggaraan akibat tanah runtuh.

4.  Berita dapat tunai Umrah dan Ziarah ke Mesir

Awal bulan November, satu hari masa aku pulang dari kerja, abah aku bertanyakan perihal pasport aku. Aku cakap la nak buat apa sebab pasport aku dah lama expired. Abah aku cakap dia dah daftar nama aku untuk buat umrah. Aku macam tak percaya dalam masa yang sama gembira sebab Tuhan makbulkan doa aku untuk menjejak kaki ke Tanah Suci sebelum umur 30 tahun. Alhamdulillah..Aku berangkat menunaikan umrah bulan Januari 2018. Nanti aku update ziarah aku ke sana.


Oklah, cukuplah aku kongsi empat cerita. 2 manis 2 masin. Adil la kan. Sekarang aku berhutang 2 cerita untuk kenangan aku sendiri. Jadi RAJIN sila la munculkan sifat anda. Tolong lawan MALAS. 

Sekian, terima kasih. Jumpa lagi.