Tuesday, May 20, 2014

Rindu zaman belajar



Sebenarnya dah lama aku nak update blog ni, siap sign in apa dah tapi bila mula menulis beberapa patah perkataan tetiba otak ni malas nak berfikir apa ayat aku perlu tulis selepas itu. Padahal banyak benda yang aku nak tulis tapi itulah bila otak tidak mahu berfungsi sepenuhnya maka terbantutlah hasrat murni ini ingin mengupdate blog .
Hari ini rasa nak menulis pasal kehidupan masa belajar daripada zaman tadika sampailah zaman universiti. Idea nak menulis ni datang masa menonton drama Pondok Pak Ya dekat Youtube dengan menggunakan wifi pejabat. Masa tengok drama tu, rasa rindu dekat zaman belajar tu datang dengan meluap-luap ke dalam diri ini.Mungkin disebabkan zaman bekerja tidak seindah zaman belajar sebab banyak benda yang aku kena fikir. Zaman belajar hanya kena fikir kena siapkan kerja sekolah,assignments,kuiz,bila PTPTN nak masuk,ehhh..dan sebagainya yang difikirkan sesuai masa zaman belajar. Eh, dah panjang sangat aku melalut ni. Oklah bebalik kepada topik asal,aku mulakan cerita aku zaman belajar aku dengan zaman tadika dan berakhir dengan zaman universiti.

1.       TADIKA
Aku bertadika dengan Tadika Abim. Tadika tu dekat je dengan rumah aku. Kalau makanan masa rehat tak menarik aku curi-curi balik rumah dan pernah terkantoi dengan Guru Besar. Siap kena warning dengan Guru Besar jangan buat macam tu lagi kalau apa-apa jadi dia yang susah. Sampai sekarang Guru Besar tu jadi Guru Besar dekat tadika tu.Cikgu-cikgu lain pun dah ramai yang keluar termasuk Guru Kelas aku. Guru Kelas aku dulu pun saudara aku,sepupu abah. Dulu zaman aku harga yuran dalam lingkungan RM25 – RM30 / sebulan tapi sekarang dengar-dengar dalam RM80/sebulan. Orang-orang kampung aku pun dah tak ramai hantar anak-anak diaorang dekat situ sebab ada tadika yang tawarkan yuran yang lebih murah cuma jauh sikitlah dari rumah. Pencapaian paling best masa tadika dapat anugerah Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun masa majlis Qiraati.

2.       SEKOLAH RENDAH
Lokasi sekolah lebih kurang 1 kilometer daripada rumah.Masa darjah 1 sampailah darjah 4 aku pergi sekolah dengan pak cik aku sebab anak dia ada sebaya dengan aku dan sekelas dengan aku.Tambahan pula, aku kecik lagi masa tu jadi abah dengan arwah mak tak harap sangatlah. Bila masuk darjah 5 aku ke sekolah jalan kaki je. Adik-adik aku sampai sekarang kalau ke sekolah berhantar.Hukaloh!!!

Aku ingat lagi masa darjah 1, masa perhimpunan sekolah pengawas a.k.a pengerusi majlis perhimpunan tetiba sebut nama aku.Aku gelabah la kenapa pengawas tu panggil nama aku takkan sebab aku duk sembang dengan kawan kena panggil depan perhimpunan. Lepas tu pengawas yang jaga kelas aku pun duk sibuk-sibuk tanya siapa Zaleha,aku angkat tangan dan suruh aku pergi ambil hadiah.Rupa-rupanya dapat hadiah sempena hari lahir aku yang kebetulan jatuh pada hari Ahad. Jadi sesiapa yang hari lahirnya jatuh pada hari Ahad, maka dapat la hadiah daripada pihak sekolah sempena hari lahir.

Dekat sekolah dulu aku aktif dengan kegiatan ko-kurikulum seperti bola jaring, bola baling dan bola tampar (kenapa aku rasa macam ayat nak buat karangan?). Best sangat bila ingat masa training dengan kawan-kawan. Pencapaian paling bermakna masa sekolah rendah aku dapat keputusan cemerlang masa UPSR tapi yang sedih aku tak dapat kongsi kegembiraan ni dengan arwah mak yang meninggal masa aku darjah 4. Arwah mak lah yang paling banyak menyokong aku. Rindu mak T_T

3.       SEKOLAH MENENGAH
Berbekalkan keputusan yang cemerlang, aku ditawarkan pengajian peringkat menengah di salah sebuah sekolah kawalan negeri Kelantan. Sebelum dapat masuk ke sekolah tu, aku sempat sekolah dekat sekolah saluran selama sebulan.Hampir-hampir nak bayar yuran sekolah dah masa tu sebab aku ingat dah tak dapat tawaran mana-mana dah tapi tengah hari tu sebelum aku pergi sekolah sesi petang mak cik aku bagitau cikgu kelas aku masa sekolah rendah telefon bagitau aku dapat tawaran belajar dekat sekolah ni (masa tu rumah aku takde telefon rumah,kalau nak telefon kawan-kawan kena pergi rumah mak cik yang terletaknya di belakang rumah sahaja..hehehe)

Masa sekolah menengah aku aktif dengan Kadet Trafik Sekolah dan mewakili rumah sukan dalam acara olahraga. Ingat lagi masa tingkatan 5 aku sapu bersih pingat emas untuk acara lontar peluru, lontar lembing dan lempar cakera.Sampai ada cikgu dari rumah sukan lain cakap aku ni tamak.Hahaha.Aku pekakkan telinga je,yang penting Rumah Pluto jadi juara.Pengakhiran sekolah menengah pula tak best sangat.Keputusan SPM pun biasa-biasa sahaja sebab masa tingkatan 4 bulan madu lama sangat. Masa nak dekat percubaan SPM la baru tersedar dari lamunan. Alhamdulillah, kawan-kawan yang pandai sudi bagi tunjuk ajar.


4.       UNIVERSITI
Alhamdulillah, walaupun keputusan SPM ditahap sederhana tapi Tuhan berikan rezeki untuk diterima masuk ke matrikulasi UIA dekat PJ. Pertama kali berpisah dengan famili dalam tempoh masa yang lama.Pernah kantoi dengan room mate sebab menangis rindukan famili.HOMESICK! Aku dekat matrik setahun sebelum masuk ke kampus utama. Zaman universiti ni memang best, diibaratkan keriangan seekor burung terbang bebas tanpa sebarang halangan. Engkau nak buat apa orang tak marah; nak tidur satu hari ke lantaklah.Kalau dekat rumah confirm kena bebel.

Waktu paling ‘best’ masa zaman universiti adalah masa struggle menyediakan kertas projek tahun akhir. Menangis,murung dan rasa nak meroyan semua ada masa tu.Tak campur lagi dengan supervisor reject kita punya kerja suruh buat lain.Hari ni consult kata macam ni,minggu depan kata lain jadi macam mana la tak tension.Tapi waktu paling ‘best’ tu telah dibalas dengan kenangan yang paling indah bila aku dan kawan-kawan yang banyak berkongsi suka duka 4 tahun berada dalam CAC masa hari konvokesyen.Tarikh ini tidak akan aku lupa 9.10.11.



SEKIAN, TERIMA KASIH


Monday, January 20, 2014

SELAMAT DATANG 2014!!!

Tahun baru kembali lagi
2014 datang menjengah
Moga 2014 memberi lebih memberi sinar kepada hidup ini
Moga impian 2014 dapat dicapai

IMPIAN 2014
1. Dapatkan LESEN MEMANDU - dalam usaha,pagi tadi baru lulus Ujian Undang-undang Komputer.Alhamdulillah LULUS.Lepas ni boleh ikut kelas teori pula.

2. MAJLIS KESYUKURAN dimana perbelanjaan masa majlis tersebut ditanggung oleh aku sendiri.Mudah-mudahan Tuhan izinkan.

3. KUALA LUMPUR aku datang!!!Nak turun KL masa cuti Hari Pekerja nak jumpa sahabat-sahabat karib.Dah lama tak jumpa diaorang.

4. FLY WITH AIR ASIA -Fly to somewhere with AA.Hmmm..maybe to KL(hok dekat dulu)? (kecek ore puteh cikit-cikit..haha).Lepas pergi Hong Kong hari tu dah tak merasa naik kapal terbang lagi.Kenapa pilih AA?sebab murah kot.ke ada lagi yang lebih murah


Impian 2014 aku tak banyak.Sebenarnya ada lagi tapi aku senaraikan yang betul-betul aku nak buat untuk tahun ni. Mungkin orang kata nampak biasa tapi bagi aku yang membesar dalam keluarga sederhana, punya gaji biasa-biasa dapat buat semua benda dekat atas tu aku dah berasa syukur sangat.Bila dapat buat benda yang kita nak buat dan benda tu tercapai,kenikmatan yang kita rasai hanya diri sendiri dan Allah SWT sahaja yang tahu.Jadi semua insan punya HAK untuk mempunyai IMPIAN.

Nota: "KITA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN".
          " YOU CAN DO IF YOU DREAM FOR IT"