Monday, October 4, 2010

Rumah Kecil Tiang Seribu

Syurgaku
Tempat kami bertamu
Beratap rumbia bertiang seribu
Disini kasih sayang bersatu
Tanpa rasa jemu,tanpa rasa ragu
Itulah syurgaku,itulah amanku

Bersandarkan rahmat Tuhan
Kita tegar bertahan
Biar goyang dek badai
Cinta tetap disitu tak pernah usai

Syurgaku duniaku
Penenang jiwa penenang kalbu

Rumahku syurgaku
Buat aku rindu selalu
Bilakah waktu bertemu kembali bertamu
Untuk tebalkan rasa usaikan rindu

Pada mereka tempat gantungan aku
Nantikan aku di rumah kecil bertiang seribu
Bersama senyum penuh rasa rindu
Biar nanti bila berpisah lagi
Takkan ada hati berperang emosi
Biar berat mahu meninggalkan lagi
Demi doamu,harapanmu keluargaku
Tabahlah hati
Tenangkanlah hati
Aku tahu ada doa mengiringi


*Mood merindui kampung halaman :(
Kredit kepada sahabat baikku yang sudi mencipta puisi ini

No comments:

Post a Comment