Wednesday, October 6, 2010

Allah SWT sentiasa bersama kita :)

Setiap detik yang berlalu
Tuhan ciptakan penuh hikmah
Penuh seribu erti
Setiap perkara yang berlaku
Biarpun sakit menahan
Biarpun airmata kering tak berair
Tempat bergantung kita hanya satu
Hanya pada Maha Kaya kita bersendu

Setiap pintu yang tertutup
Allah buka seribu pintu lagi
Untuk kita cari
Untuk kita merenung diri
Jadi bersabarlah sahabat
Jalan berliku tak selamanya begitu

Aku tahu hatimu kuat
Walau diombak badai sekalipun
Kau pasti tegar bertahan
Jadi tenanglah wahai sahabat
Esok,awan pasti secerah senyumanmu



*Puisi ini hasil nukilan sahabat karib yang mengarang sajak untuk memujuk diri ini yang sedang bersedih kerana ditimpa masalah..terima kasih teman..walaupun kau mengharapkan aku tersenyum membaca puisi ini tetapi sebaliknya berlaku..aku menangis tika membaca puisi yang kau ciptakan khas untukku..terharu dengan keprihatinanmu yang ingin melihat aku gembira..terima kasih sekali lagi teman

No comments:

Post a Comment