Thursday, October 14, 2010

Opppps.....tersilap

Dah lame nak tulis pasal benda ni..tapi disebabkan malas nak tulis jadi aku tangguh...entri ni sekadar nak imbas kenangan dulu dan sekarang...sedia maklum aku ni orang kelantan..kekadang boleh tersasul..nak cakap luar tapi campur bahasa kelantan....malu memang tak leh cakap la...ni senarai yang aku ingat masa aku tersasul cakap...

1.kejadian pertama: masa aku mula-mula di pusat asasi lebih kurang atau lebih 2 minggu duduk di KL..masa tu dekat studio..lepas tu lecturer suruh buat kerja menampal....disebabkan ada kemusykilan di fikiran aku tanpa segan silu aku memanggil lecturer tersebut dan dengan gaya yang confident aku terus berkata "Bro,bende ni nak tempek macam mane?"...lecturerku membalas.."Tempek?,apa tuh?"...owhhh...muka aku dah merah menahan malu.."tak-tak...bende ni nak tampal macam mana?"....huhuhuhu....malu..nasib baik kawan-kawan aku tak gelak kuat sangat...

2.kejadian ke 2 berlaku di dalam tandas...biasa la bila kelas berlangsung dan selepas itu lecturer bagi masa rehat ramai yang berpusu-pusu ke tandas bagi melepaskan hajat...aku tak terkecuali jugak..seronok-seronok duk betulkan tudung,ade sorang kawan dari kelas yang sama masuk...sekali lagi dengan tahap keyakinan yang tinggi "eh,baru tubik?"....kawan aku terpinga-pinga..dia orang KL..jadi tak paham sangat loghat kelantan.."tubik?"..."oh,lupe...keluar..asal baru keluar?"...dia mula gelakkan aku..nasib baik die seorang jer...

3.Kejadian ke 3 berlaku di cafe asrama...hmmm...kejadian ni tak ingat sangat macam mana berlaku..jadi boleh rumuskan macam ni...aku nak cakap pasal tembikai merah..tapi aku orang kelantan ni panggil tembikai merah tu timun jer...sebab kalau orang luar..timun tu mewakili timun batang...

Banyak lagi sebenar kejadian yang aku silap cakap...walaupun dah nak dekat lima tahun aku belajar kat KL dan bercampur gaul dengan pelbagai orang masih loghat kelantan aku tak boleh tinggal..mesti ade termasuk jugak la walaupun sedikit...sedikit pun dah boleh buat orang terpingga-pingga...heheheheh...kadang-kadang kena marah dekat kawan-kawan...huhuhuhu....nak buat macam mana dah lumrah macam tuh..bukan sengaja pun....RINDU KLATE AMBO....

No comments:

Post a Comment