Saturday, January 17, 2015

KEPUTUSAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR N17 SPP


24 Disember 2014 yang lalu aku dapat panggilan telefon daripada SPP mengatakan aku berjaya dalam temuduga untuk jawatan pembantu tadbir N17 yang telah diadakan pada 1 September 2014 bertempat di Politeknik Kok Lanas. Walaupun dah diberitahu berjaya tapi hati masih risau sebab bila tiap-tiap minggu duk masuk laman web  SPP nak tengok keputusan tapi takde juga. Lagi satu masa dapat call tu dah la bos ada sebelah aku, so aku tak fokus sangat dengan perbualan masa tu. Dah la orang SPP tu siap tanya aku ada minta kerja PT N17 ke, aku plak blur-blur sebab temuduga tu dah lama. Jadi aku assume tak dapat la sebab aku kan ada degree, possibility nak dapat tu susah.

Dan hari ini bertarikh 14 Januari 2015, aku saja-saja jela masukkan nombor kad pengenalan aku dekat semakan keputusan temuduga, sekali keluar macam ni:


Alhamdulillah, keputusan tak rasmi daripada SPP dah keluar. Bila ada pengesahan macam ni baru la lega sikit hati ni. Sekarang tunggu surat tawaran sampai la sebelum melapor diri dan mungkin kena pergi dengar taklimat, dekat mana aku tak pasti pulak. Moga Allah SWT permudahkan semuanya. Insya Allah.

p/s: Rasa nak berkongsi soalan-soalan masa temuduga hari tu. Sebab aku pun banyak dapat sumber rujukan daripada blogger-blogger yang pernah pergi temuduga dengan SPP. Terima kasih korang!!!

6 comments:

  1. Hi, saya pun interview jawatan ni pada 24/9/2014. Masa keputusan keluar, saya dapat calon simpanan. Ingatkan peluang untuk dilantik tipis sebab tempoh simpanan adalah satu tahun sahaja. Tapi minggu 8/6/2015 yang lalu saya tiba2 dapat call yg saya telah dapat jawatan ini. Macam tak percaya ja. Nak tanya , sekarang kamu posting di mana ? Sebab saya ni calon dari sabah, takut pula kalau kena posting jauh jauh.

    ReplyDelete
  2. awk gune degree ke apply jawatan tu..?

    ReplyDelete
  3. Bole x nk mintak tips soalan dia bnyak da cri kat blog untuk jwtan pt ni tp jmpe

    ReplyDelete
  4. berape lama ye tunggu surat lapor diri smpai rumah ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak lulus ke temuduga? sy pn tgh tggu surat lapor diri

      Delete