Friday, January 6, 2017

SPP:PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Mak aiii...lamanya tak update blog..itulah bila orang buat blog kau sibuk nak buat blog jugak. Kau tu dah la bukannya rajin nak update. Sementera, jari jemari rajin menaip ni marilah kita melakukan update terkini.

Sebenarnya aku view jer blog aku tapi view je la. Post terakhir aku hari itu, adalah sambutan la juga (walaupun hanya 4 komen dari strangers.)..hahaha..Ketika sedang rajin ni akak leha rasa nak menjawab persoalan-persoalan daripada pelawat-pelawat yang sudi singgah ke blog akak. Soalan-soalan ni berdasarkan bagaimana akak dapat kerja dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran singkatannya SPP. Dibawah adalah jawapan akak. Mana tahu berguna untuk rujukan adik2,abang2 dan kakak2 yang nak apply jawatan pembantu tadbir.

SOALAN 1:


Hi, saya pun interview jawatan ni pada 24/9/2014. Masa keputusan keluar, saya dapat calon simpanan. Ingatkan peluang untuk dilantik tipis sebab tempoh simpanan adalah satu tahun sahaja. Tapi minggu 8/6/2015 yang lalu saya tiba2 dapat call yg saya telah dapat jawatan ini. Macam tak percaya ja. Nak tanya , sekarang kamu posting di mana ? Sebab saya ni calon dari sabah, takut pula kalau kena posting jauh jauh.

JAWAPAN SOALAN 1:
Tahniah Fu ey..selamat menjalankan tugas anda.Saya pun terkejut dapat jawatan ni sebab tempoh masa tu dah lebih 3 bulan jadi saya assume tak dapat. Alhamdulillah,rezeki nak masuk tahun baru kot masa tu.Saya dapat posting di Kelantan, negeri tempat kelahiran saya tetapi ditempatkan di luar daerah tempat saya menetap. Harap Fu ey pun dapat Sabah jugak.


SOALAN 2:
Cmne nk apply;.;bole gtaw x

JAWAPAN SOALAN 2:
Saya apply melalui laman web JobsMalaysia . Sila daftar akaun sebagai pencari kerja. Dah selamat mendaftar boleh la apply dalam web tersebut. Semasa nak pilih sektor pekerjaan tu TICK kotak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan klik KEMASKINI, nanti boleh pilih 3 pilihan jawatan yang kita nak. Semoga berjaya!!! (kepada yang baca dan rasa nak apply, kalau musykil komen dan tahun depan baru akak reply,hahaha)


SOALAN 3:
awk gune degree ke apply jawatan tu..?

JAWAPAN SOALAN  3:
Siti Hajar, dalam JobsMalaysia saya declare ada degree. 2 kali SPP panggil temuduga. 1st temuduga untuk post Pembantu Makmal C17 (sekarang dah C19), tapi tak dapat. Terang-terang masa temuduga panel-panel reject calon-calon yang ada degree. Diploma diaorang consider lagi. 2nd temuduga jawatan Pembantu Tadbir yang tengah duk kerja sekarang. Masa hari temuduga ada petugas SPP akan check fail sijil-sijil yang kita bawa. Kalau yang letak sijil degree, diaorang suruh keluarkan. Hanya sijil SPM dan sijil-sijil berkaitan sahaja yang diletakkan. Masa temuduga, saya declare dekat panel-panel yang saya ada degree. Diaorang angguk-anguk jer masa. Faktor KEJUJURAN rasanya menjadi salah satu faktor saya berjaya dapat jawatan ni (bukan nak bangga, tapi inilah kenyataan). Kalau result SPM cantik kemain tapi tak sambung belajar macam tak logik kan. Tapi mungkin ada kes betul lepas SPM tak sambung belajar walaupun dapat result cantik. Tapi kalau ada yang cuba nak menipu tu berhati-hatilah, panel akan pusing-pusing soalan sampai kau mengaku ada degree. Kalau tak kantoi untunglah, kalau kantoi terus direject. Jadi, pandai-pandai la yea,akak dah bagi nasihat ni.


SOALAN 4:
Bole x nk mintak tips soalan dia bnyak da cri kat blog untuk jwtan pt ni tp jmpe

JAWAPAN SOALAN
Saya masa tu disoal berkenaan tugas-tugas Pembantu Tadbir. Saya jawab secara general sahaja seperti membantu urus tadbir pejabat, pengurusan sumber manusia (cuti, gaji). Saya juga diberi soalan situasi mengenai ketidakhadiran guru di sekolah dan apakah langka-langkah yang perlu diambil. Ada juga soalan critikal thinking. Fikir ikut logik, panel terima semua jawapan. Lepas tu ada juga panel soal soalan-soalan santai. Saya punya dia tanya pasal famili,ayah kerja apa,adik beradik berapa orang, masa ni bagi jawapan sedih-sedih sikit.(nak bagi nampak kesungguhan kita nak ubah nasib famili). Biasa soalan macam ni ditanya diawal-awal temuduga.

Masa panel minta perkenalkan diri jangan melalut cerita yang tidak berkaitan cukuplah sekadar bagitau benda dekat bawah.
1. Nama penuh
2. Asal dari mana
3.Tahap pendidikan (aku cerita peringkat menengah dan pendidikan tertinggi-degree)
4.Pengalaman kerja (kalau ada pengalaman dalam urus tadbir pejabat,disitu ada kelebihan,promot diri anda sebaik mungkin)
Ni akak punya la.Kalau ada nak tambah boleh sahaja. Ikut kreativiti masing-masing. Akak takut nak cakap banyak takut melalut sampai ke Laut China Selatan.

Akhirnya, berjaya menjawab semua persoalan walaupun tak banyak. Harap-harap apa yang akak kongsikan berguna untuk adik2,abang2 dan kakak2 yang tersinggah di blog yang tidak seberapa. Kalau ada pertanyaan jangan segan nak tanya, insha Allah akak akan rajinkan diri untuk menjawab persoalan semua (gituhhh,acah2 bajet blogger popular).


No comments:

Post a Comment