Thursday, January 1, 2015

Welcome 2015

Lamanya tak update blog..malas punya pasal. Kalau diibaratkan blog ni macam rumah confirm habuk-habuk dah tebal berapa inci, sarang lelabah menerewang (ada ke perkataan ni?hahaha) sana sini.Disebabkan dah masuk tahun baru jadi ada semangat sikit nak update sikit.

Tahun 2014 dah berlalu banyak peristiwa berlaku. Impian aku pun tak banyak terlaksana. Daripada 4 impian yang aku tulis dalam blog hari tu hanya 1 yang tercapai.

Impaian aku yang terdapat adalah dapat lesen memandu, bukan lesen kereta yea.Lesen menunggang motorsikal.Hahaha..Alhamdulillah, 2 bulan lebih juga kena harungi onak duri sebelum dapat lesen P. Al maklum aku ni orang bekerja so masa latihan aku hanya hujung sahaja. Aku jugak la aku skip waktu bekerja sebab nak kejar kejar tarikh ujian dengan JPJ.

So, impian lain tu terkubur macam tu sahaja. Tahun baru kita buat impian baru pulak. Apa impian tu, malas la nak cerita. Nanti-nanti kalau aku rajin.Hahaha.

Sebagai penutup, aku harap tahun 2015 akan membawa lebih keberkatan. Semoga lebih istiqamah dalam menunaikan suruhan-Nya. Insha Allah. Amin

No comments:

Post a Comment