Friday, June 1, 2012

Novel #2


Ayoyo…parah ni!!Novel Sayang 3 Dalam 1 tak habis baca lagi tapi dah berkira-kira nak beli novel lain pula. Itulah siapa suruh kau pergi jalan-jalan dekat SMO lepas balik kerja tadi. Nasib baik duit tak cukup kalau tak memang dah rembatlah novel tadi. Nasib kau la duit gaji. Dah la bulan ni banyak nak guna duit. Boleh tahan ke tak ni. Takut ni!!! Kang tak pasal-pasal aku terguna duit simpanan dalam ASB tu. Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu yang lemah ni. Aku kalau dah suka sesuatu benda ni aku akan sedaya upaya akan dapatkannya.


Suami Aku Ustaz!! Anda pula bagaimana? Hehehe :P (terbitan Karya Seni)

Tadaaa!!! Inilah novel yang aku nak beli tadi dan sekarang dah dalam senarai waiting list. Tapi masa aku godek Facebook KaryaSeni banyak pembaca komplen pasal kualiti novel ni. Ada kata muka surat kosonglah, muka surat tercabutlah dan ada juga cakap novel ni tak best. Tapi aku tengok majoriti cakap best jer. Tetiba terkeliru pulak nak beli ke tidak. Hmmm..beli jer lah kan. Bukan susahkan sesiapa pun, duit aku, aku punya pasal la. Hehehe :P

Nota Kaki: 

1) Dulu aku kenal Alaf 21 jer syarikat yang menerbitkan novel tapi sekarang dah banyak syarikat penerbitan yang tumbuh bagai cendawan (perghh,lama betul tak guna peribahasa ni). 

2)Aku tiada novelis kegemaran. Sebab aku akan beli atau baca satu novel berdasarkan cerita jer. Tak kisah la novelis baru ke lama ke asal jalan cerita best.


No comments:

Post a Comment