Friday, June 15, 2012

BEKWOH

Gambar di atas adalah sebagai mukadimah untuk entri kali ini.Perghh..tetiba rasa macam ayat dalam Buletin Utama :P .Cantiknya gadis-gadis di atas. Mereka adalah rakan-rakan aku masa menuntut di universiti.Eh,asal aku rasa ayat aku ni skema semacam jer.Tak apelah,abaikan!!!Ada yang kenal dekat pusat asasi dan ada yang kenal dekat universiti.Tapi sebenarnya gambar ni tak cukup korum.Ada lagi dalam 5 orang. Gambar ni di ambil sebelum aku dan kawan baik aku,Im menghadiri majlis resepsi perkahwinan kawan satu fakulti dengan kitaorang.

Gambar ni pulak di ambil masa majlis berlansung.Masa ni pengantin tak sampai lagi tu yang sakan ambil gambar. Sebab majlis ni la aku dapat lepas rindu dekat kawan-kawan masa universiti dulu. Setahun tak jumpa!!! Nanti ada rezeki kita jumpa lagi yea Izatil,Im,Aini dan Tajul :)

Yeaaaaa..pengantin dah sampai. Cantiknya Fani!!!Suami dia pulak hensem.Memang sesuai bagai pinang dibelah dua. Majlis resepsi ni berlangsung pada 5 Mei 2012 bertempat di Dewan Banquet UIA. Tahniah korang!!!


Lepas masa cuti sekolah hari tu banyak dapat jemputan perkahwinan dari kawan-kawan masa sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti.Tapi ada juga yang tak sempat pergi.Al maklumlah..kekangan masa dan takde kenderaan :(  

 
Majlis pertama yang berjaya dihadiri. Majlis perkahwinan Fatin.Dia ni kawan masa sekolah rendah.Dekat sekolah dulu pun tak rapat sangat.Jaranglah bersembang.Rasanya boleh bilang dengan jari kot.Erkkk..aku bukan sombong OK!! Tapi selepas Facebook wujud, kami semakin rapat...aku like status dia,komen status dia...lama-lama kawan dalam FB tup-tup dapat jemputan meraikan cinta dia.Dia sangat pandai membuat kejutan.Apapun aku doakan dia dan suami tercinta bahagia selamanya.Amin



2 Jun 2012, tarikh bahagia bagi Amir dan Lisa!!! Bagi aku kisah cinta diaorang sangat menarik :) Dua-dua kawan masa sekolah menengah.Tapi masa sekolah tu aku sekelas dengan Lisa je. Amir pulak kelas sebelah. Aku masuk matrikulasi, satu kelas pulak dengan Amir. Tup-tup..masa dekat universiti dapat tahu diaorang dah couple!!Sangat manis!! Tahniah korang,selamat menjalani fasa kehidupan yang baru :)



Lepas majlis Amir dan Lisa, bergegas pula ke Kg Chepa,Kubang Kerian untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan seuniversiti, Faiz dan pasangannya Azzah. Paeh2..betul-betul kau kotakan janji kau yang mana nak kahwin lepas habis belajar..Aku ingat kau main-main.Apapun,tahniah untuk korang berdua!! p/s: tetiba aku rasa tak percaya yang kau dah kahwin..hahaha..

No comments:

Post a Comment