Monday, March 26, 2012

Selamat Datang Orang Baru!!!

Walaupun cerita lama,aku tetap nak nukilankan dalam blog ni.Nanti-nanti dah tua boleh jenguk-jenguk balik..hehehehe

Tanggal 17 Disember 2011, abang sulung aku telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hatinya.Sekalung tahniah aku ucapkan kepada Along dan isterinya.Selamat datang Kak Salini!!!

Semoga korang berbahagia sampai ke syurga.Amin :)

Tahun 2012,dapat orang pulak.Satu-satunya kakak aku selamat melahirkan puteranya tanggal 7 Februari 2012 pada jam 3.49 pagi di Hospital Perempuan Raja Zainab II.Bagi aku ni pengalaman manis sebab aku berada disisinya kecuali dalam bilik bersalin sebab suami dia dekat Terengganu.Sementara menanti ketibaan abang ipar aku,akulah menjadi peneman setia kakak aku.Oh ya..terlupa pulak..putera yang dilahirkan dinamakan dengan nama Muhammad Aqil Zafran Bin Norulazmi.Lupa pulak apa maksud nama tu..Muhammad tentulah tahu yang terpuji..Aqil Zafran kalau tak silap berkait dengan kejayaan.Semoga anak saudara Cik Ha menjadi semolek nama yang diberi oleh ayah dan ibunya.Cik Ha rindu sangat dekat Zafran.

Muhammad Aqil Zafran Bin Norulazmi




No comments:

Post a Comment