Saturday, January 7, 2012

SIBUK

Bila dah ada kerjaya ni banyak benda terabai.Contoh paling jelas sekali adalah blog kesayangan RAMAI ni.(wekkk nak muntah aku).Pembetulan blog kesayangan AKU sebenarnya..hik..hik..hik..bajet macam si Zack pemilik blog Realiti Konspirasi la tu.Dah sebulan tak update blog,ni pun sebab tengok blog kak nonie dan tunjuk entri akhir aku 1 bulan yang lepas.Sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa nak update blog,blog syarikat pun sama terabai.Maaf ya puan bos.

Dalam sebulan tak update ni tak banyak pun cerita menarik.Cuma ada 2,3 cerita je yang nak dikongsi.

1)Abang sulung aku kahwin pada 17 Disember 2011 (erkk..skemanya ayat aku) dengan pilihan hatinya.Isteri dia  orang Terengganu.Hmmm..Terengganu jugak,hari tu pun dapat abang ipar orang Terengganu.Jodoh diaorang nak buat macam mana.Cuma kadang-kadang terkilan dengan cakap-cakap sesetengah saudara mara yang suruh cari jodoh yang dekat-dekat je.Kalau dapat yang jauh-jauh,macam menyusahkan je.Jika Tuhan dah takdirkan kita dengan orang tu takkan kita nak tolak.Iye dok?Jodoh dan ajal itu kan di tangan Tuhan.Tak siapa dapat melawan takdir tu.OK,cukup sudah aku bagi ceramah.

2)Menguruskan kemasukan adik aku ke Politeknik Kok Lanas.Kalau ada orang tanya boleh belajar mana adik aku akan cakap KL.Kalau orang-orang yang tak faham mesti ingat Kuala Lumpur.Jangan main-main Kok Lanas pun dah membangun tau.Masa hari pendaftaran tu aku join lambat sikit sebab dia takut orang ramai dan hal pendaftaran settle lambat.Aku hantar dia sampai asrama dia.Hanya aku je yang follow dia sebab dalam surat pihak politeknik membenarkan seorang waris je yang ikut.Tapi jangan ingat orang nak ikut arahan tu.Aku dan adik tak abis-abis membebel sebab ada sesetengah parents tu angkut semua anak beranak diaorang yang datang.AJK masa hari pendaftaran pun tak mainkan peranan sangat sampai ada AJK kena tegur dengan driver bas yang angkut student ke asrama.Ni berlaku depan mata aku!!!Lain kali buat kerja betul-betul yea dik.

Ok lah,dah penat rasa menaip ni.Sambung lain kali pulak :))

1 comment:

  1. salam..weh.. thanks coz jadik loyal silent reader akak.. kehkehkeh... bajet je kan kite ni ade peminat.. padahl ko baca blog akak, akak baca blog ko.. alih2 kite dua je baca padahal.. ahahhahahah.. Belated Happy New Year anyway.. miss u .. chow~

    ReplyDelete